Berita Harian

› Getah

-

Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah semalam berikutan kekurangan minat belian serta seiring dengan prestasi pasaran hadapan serantau lain yang kurang memberangs­angkan, kata peniaga.

Katanya, pasaran juga kekal tidak menentu berikutan tandatanda menunjukka­n Amerika Syarikat (AS) dan China tidak mungkin dapat meleraikan perang perdaganga­n itu dalam masa terdekat.

“Pasaran itu secara amnya lengang tanpa menyaksika­n permintaan yang ketara. Ia ditutup semalam sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Pada jam 12 tengah hari ini, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut setengah sen kepada 546.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal tidak berubah pada 440.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 susut 1.5 sen kepada 543.5 sen sekilogram manakala lateks pukal turun satu sen kepada 439.0 sen sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia