Berita Harian

› Sawit

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s meneruskan lonjakan pada minggu lalu untuk mengakhiri dagangan semalam dengan minat belian berterusan berikutan ringgit yang lemah, kata peniaga.

Peniaga minyak kelapa sawit, David Ng berkata kenaikan harga di pasaran hadapan MSM juga disokong oleh statistik kukuh daripada laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang dikeluarka­n semalam.

Dalam laporan itu, ia mendedahka­n bahawa paras inventori negara menunjukka­n penurunan pada Julai yang dilihat mampu mengukuhka­n harga.

“Kami mencari sokongan pada RM2,180 satu tan dan rintangan pada RM2,250 satu tan,” katanya.

Pada penutup, kontrak niaga hadapan MSM untuk Ogos 2019 meningkat RM31 kepada RM2,172 satu tan, September 2019 menambah RM34 kepada RM2,184 satu tan, Oktober 2019 meningkat RM33 kepada RM2,212 satu tan dan November 2019 meningkat RM32 kepada RM2,232 satu tan.

Perolehan lebih rendah pada 56,687 lot daripada 59,442 lot pada Jumaat, manakala minat terbuka turun kepada 238,318 kontrak daripada 246,379 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan meningkat RM30 kepada RM2,160 satu tan.

Pasaran ditutup semalam sebagai ganti percutian Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Ahad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia