Berita Harian

Selamat hari lahir Ainul Mardhiah

Ibu bapa teruja anak genap setahun mula belajar angkat kepala

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiada detik paling indah dalam hidup Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 23, kecuali melihat bayi mereka, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin semakin beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan lidah di London, United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Ainul menyambut ulang tahun pertamanya semalam, dengan rakaman video terbaru bayi comel itu yang semakin aktif dikongsika­n bapanya di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulil­lah, cukup setahun. Semoga Allah merahmati dan melindungi kamu anak,” katanya.

Dalam rakaman video berkenaan, Ainul yang memakai head band merah jambu bercorak polkadot kelihatan begitu teruja bermain dengan belon bertulis Happy Birthday Princess.

Yang turut teruja dengan perkembang­an terbarunya itu ialah komuniti netizen, dengan ada di antaranya turut menitipkan ucapan buat bayi comel berkenaan.

Sementara itu, Nurul Erwani turut berkongsi keterujaan anak kesayangan­nya menyambut ulang tahun pertamanya dengan mengangkat kepalanya sedikit demi sedikit.

“Saya (Ainul) sudah boleh angkat kepala sikit-sikit. Tidak apa, belajar sikit-sikit, nanti lama-lama jadi pandai.

Ainul rindu pada nurse dan doktor di London... setiap hari mereka mesti akan ajar Ainul benda baharu untuk Ainul explore,” katanya dalam perkongsia­n gambar terbaharu bayi comel itu di Instagram miliknya.

Dalam perkongsia­n terdahulu, Nurul Erwani turut menzahirka­n rasa syukur sempena ulang tahun pertama Ainul dan menyatakan ujian dihadapiny­a sekeluarga banyak mengajar erti kehidupan sebenar.

“Bermacam-macam pengalaman yang baharu untuk mama dan walid dalam menjaga dan membesarka­n Ainul. Ujian dan dugaan bertalu-talu datang untuk mengajar mama dan walid erti kehidupan.

“Setiap masa Mama doa supaya Allah sentiasa beri peluang pada Mama untuk jaga Ainul, beri mama dan walid petunjuk serta sentiasa permudahka­n urusan kita semua. Nanti kita celebrate birthday sama-sama dengan mama ya Ainul,” katanya.

 ?? [Foto ihsan instagram Nurul Erwani] ?? Ainul Mardhiah ceria pada sambutan hari kelahirann­ya, semalam.
[Foto ihsan instagram Nurul Erwani] Ainul Mardhiah ceria pada sambutan hari kelahirann­ya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia