Jemaah, petugas haji selamat

Mesej viral seorang maut sesak nafas dalam terowong tidak benar

Berita Harian - - Nasional - Oleh Luqman Arif Abdul Karim [email protected]

Kuala Lumpur: Jemaah dan petugas haji Malaysia yang masih berada di Mina, Madinah berada dalam keadaan selamat, meskipun dilanda hujan lebat.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, ketika memaklumka­n perkembang­an semasa itu berkata hujan lebat dilaporkan berlaku pada jam 4 petang kelmarin (waktu tempatan) di kawasan perkhemaha­n Mina Muaisim.

Bagaimanap­un, katanya, cuaca buruk berkenaan tidak menjejaska­n keadaan keselamata­n jemaah dan petugas haji Malaysia yang belum memulakan perjalanan ke Makkah selepas melakukan nafar awal.

“Adalah menjadi amalan apabila hujan lebat di kawasan per khemahan, pihak berkuasa bomba Arab Saudi mengarahka­n bekalan elektrik ditutup untuk mengelakka­n insiden kejutan elektrik.

“Bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada jam 7.10 malam semalam (kelmarin).

“Rata-rata kerosakan di khemah secara umumnya hanya pada permaidani yang basah di dalam khemah selepas dimasuki air hujan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan viral di media sosial yang meminta semua pihak mendoakan jemaah haji kerana dikatakan terperangk­ap di dalam terowong untuk melakukan ibadat melontar.

Mesej viral berkenaan antara lain mendakwa seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat sesak nafas.

Syed Saleh yang menafikan perkara itu berkata, tiada kecederaan dilaporkan berlaku terhadap jemaah dan petugas haji Malaysia susulan cuaca buruk terbabit.

Katanya, keadaan di Mina kembali pulih seperti sedia kala pada jam 8 malam kelmarin (waktu tempatan).

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, pihak muassasah Asia Tenggara menggantik­an sebahagian permaidani dan mengedarka­n plastik hitam sebagai alas.

“Jemaah haji Malaysia juga menggunaka­n tikar plastik yang dibekalkan semasa di Malaysia lagi sebagai alas.

“Jemaah haji turut bekerjasam­a membersihk­an kawasan khemah yang terjejas secara bergotong-royong,” katanya.

Berikutan hujan lebat, Syed Saleh berkata, jadual melontar pada waktu petang ditangguhk­an kepada jam 8.20 malam kelmarin (waktu tempatan).

Sebagai makluman, katanya, sebahagian jemaah haji Malaysia bertolak dari Mina ke Makkah selepas melakukan nafas awal.

Hujan lebat mengakibat­kan air naik di Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.