Selangor pertimbang beri RM500 untuk pesakit tibi

Insentif boleh digunakan bagi dapat sesi rawatan selama enam bulan

Berita Harian - - Sentral - Oleh Norzamira Che Noh [email protected]

Shah Alam: Kerajaan negeri pertimbang insentif sebanyak RM500 kepada pesakit tibi supaya mereka boleh mendapatka­n sesi rawatan selama enam bulan.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata pihaknya juga perlu memikirkan tindakan susulan supaya penyakit tibi dapat dicegah terutama dalam soal sikap masyarakat ke atas gaya hidup seharian.

“Itu (cadangan berkenaan) masih dalam penilaian kita sebab baru dengar hari ini. Jika ia berkesan dan sebagainya, perlu ada susulan pada peringkat kerajaan negeri untuk mengawal serta menangani masalah penyakit tibi,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog 2020 dengan tema Membudaya Komuniti Sihat Ke Arah ‘Selangor Maju Bersama’ di Hotel Concorde, semalam.

Beliau berkata, aspek kesihatan antara yang bakal diberikan tumpuan dalam belanjawan tahun hadapan dan kerajaan negeri akan menilai semua pandangan yang dikemukaka­n.

Cadangan pemberian insentif itu dikemukaka­n Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr B Venugopala­n ketika sesi pembentang­an pertama mengenai penyakit tibi.

Dr Venugopala­n berkata, pada 2018 Selangor merekodkan 5,071 kes dengan 367 kematian dan daripada jumlah itu, 553 kes atau 11 peratus daripadany­a cicir rawatan selama enam bulan.

“Kesedaran terhadap penyakit tibi perlu dipertingk­atkan supaya rakyat lebih peka dan mencegah lebih awal khususnya apabila membabitka­n penyakit berjangkit,” katanya.

Beliau berkata, lebih membimbang­kan ada antara pesakit tibi gagal menyempurn­akan sesi rawatan yang perlu dijalani selama enam bulan.

Jelasnya lagi, kemiskinan, kelewatan melakukan ujian saringan awal, peningkata­n golongan warga emas dan pemakanan antara faktor peningkata­n jumlah pesakit tibi.

[Foto Sairien Nafis/bh]

Amirudin bersama tetamu selepas sesi Dialog 2020 ‘Membudaya Komuniti Sihat Ke Arah Selangor Maju Bersama’ di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.