Berita Harian

Melaka bakal lancar Respon 2.0 aplikasi aduan rakyat

-

Ayer Keroh: Kerajaan negeri bakal melancarka­n sistem aduan rakyat menerusi aplikasi baharu dikenali Respon 2.0 dalam usaha mempelbaga­ikan cara laporan serta aduan awam secara interaktif di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata sistem aplikasi baharu itu yang dibangunka­n oleh bahagian Teknologi Maklumat (IT) kerajaan negeri sudah siap 100 peratus dan sedang menunggu waktu sesuai untuk dilancarka­n.

“Melalui Respon 2.0, rakyat akan lebih mudah mengemukak­an laporan serta aduan, sekali gus mereka dapat maklum balas dengan lebih cepat.

“Sistem yang dibangunka­n ini bukan menggantik­an Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di peringkat kerajaan Persekutua­n, kerana Respon 2.0 adalah aplikasi yang dibangunka­n di peringkat negeri untuk manfaat rakyat memberikan pelbagai aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Ramah Mesra Ketua Menteri bersama Geng Viral Melaka di di sini, semalam.

Katanya, berdasarka­n rekod, SISPAA turut membantu kerajaan negeri menyelesai­kan kira-kira 7,000 aduan rakyat pada tahun lepas.

Mengulas mengenai peranan program Hari Bertemu Rakyat cetusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini sebagai medium menyantuni permasalah­an rakyat pada setiap Jumaat, Adly berkata, program itu tetap kekal menjadi medium penghubung utama antara kerajaan dan rakyat.

“Hari Bertemu Rakyat tetap kekal walaupun kita bakal melancarka­n aplikasi Respon 2.0 kerana kita mahu terus mendengar permasalah­an isu rakyat untuk ditangani sebaik mungkin.

“Bagi kita, Hari Bertemu Rakyat adalah kaedah utama kerajaan negeri berhubung secara langsung dengan rakyat.

Ini kerana lebih 3,000 masalah atau isu rakyat berjaya diselesaik­an menerusi program Hari Bertemu Rakyat sepanjang tahun lepas.

“Menerusi Respon 2.0 ini, ia memberi peluang kepada rakyat yang tidak mempunyai masa untuk menyampaik­an apa sahaja maklumat kepada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Adly turut meminta pengendali laman atau media sosial berkaitan negeri ini supaya lebih berhati-hati dalam menyalurka­n atau menyebarka­n maklumat atau aduan di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia