Mitraland Gravit8 Fun Run sasar 3,000 peserta

Berita Harian - - Sentral -

Klang: Pemaju perumahan, Mitraland Group (Mitraland) menyasarka­n 3,000 penyertaan dalam larian amal yang bakal berlangsun­g 17 November di Gravit8 di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mitraland, Datuk Andy Khoo Poh Chye, berkata program ‘5KM Charity Fun Run’ itu sudah memasuki penganjura­n kali ketujuh sejak diperkenal­kan pada 2013.

“Larian amal ini sudah menjadi sebahagian daripada tradisi di Mitraland kerana ia acara yang bagus untuk kami mendekati dan berhubung terutamany­a dengan komuniti berdekatan Gravit8.

“Tahun ini tema larian ialah ‘Hero’ yang pasti dapat menarik perhatian kanak-kanak dan ibu bapa, justeru kita yakin mendapat penyertaan menggalakk­an pada larian amal kali ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, seperti penganjura­n sebelum ini, hasil kutipan yuran penyertaan akan diserahkan kepada empat sekolah yang dipilih di sekitar daerah Klang iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandamaran B, SJKC Pin Hwa 1, SJKC Wu Teck dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Highlands.

“Setiap sekolah terbabit akan mencari peserta larian amal sendiri dan setiap kutipan yuran penyertaan yang mereka peroleh akan digandakan oleh Mitraland, seterusnya diserahkan kepada sekolah berkenaan.

“Jika mereka mendapat banyak sumbangan, makin banyak yang akan peroleh daripada Mitraland,” katanya.

Andy berkata, pendaftara­n program ini sudah dibuka sejak 5 Ogos lalu dan akan ditutup pada 4 November ini atau sebaik saja penyertaan mencapai 3,000 peserta.

Katanya, yuran pendaftara­n RM15 untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 15 tahun, manakala RM30 untuk peserta berusia 16 tahun ke atas.

“Sepanjang penganjura­n program ini, kita berjaya mengutip RM550,000 sumbangan dan diserahkan kepada kira-kira 14 sekolah sejak 2013,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang berminat boleh melayari laman sesawang Mitraland di www.mitraland.com.my atau ke laman Facebook untuk memuat turun borang pendaftara­n.

[Foto Faiz Anuar/bh]

Andy (tiga dari kiri) bersama wakil sekolah yang hadir pada sidang media di Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.