Berita Harian

SKPP tekad jadi juara peringkat kebangsaan

-

Sabak Bernam: Juara pertanding­an Dengue Patrol Selangor, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (SKPP), bertekad untuk merampas kedudukan nombor satu pada peringkat kebangsaan.

Pertanding­an itu yang bermula pada 17 Jun lalu akan berakhir pada 4 September ini.

Guru Besar SKPP, Mohd Yusuf Basir, berkata sebelum ini sekolah itu berjaya menjuarai pertanding­an peringkat Selangor selepas diadili oleh penilai daripada Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Pendidikan dan Sanofi Pasteur selaku penganjur bermula pada 1 Mac hingga 22 Mei lalu.

Difahamkan, seramai 10 guru dan 40 murid terbabit secara langsung dalam program Dangue Patrol SK Pasir Panjang dan melaksanak­an pelbagai aktiviti termasuk khidmat masyarakat, program gotong-royong membantera­s pembiakan nyamuk Aedes serta aktiviti dalam talian.

Penyelaras program, Rahmah Jaafar berkata, pihaknya juga dikehendak­i membuat video sepanjang program Dangue Patrol dijalankan.

“Kemenangan bukan tujuan kami semata-mata menyertai program ini tetapi yang lebih penting pencapaian objektif mendidik dan menyemai nilai tanggungja­wab dalam diri kanak-kanak sejak kecil supaya memahami risiko denggi dan bagaimana cara menanganin­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia