Berita Harian

Kantin SMK Tuanku Abdul Rahman umpama kelab eksklusif

-

Gemas: Menjengah ke kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, pasti teruja dengan kecantikan dan keindahan seperti berada di sebuah kelab eksklusif kantin dalam taman.

Kantin sekolah berkenaan juga menjadi tular dalam Facebook dan dicalonkan dalam Pertanding­an Kantin Sihat dan Ceria peringkat kebangsaan.

Pengetuany­a, Nor Amai Sham Mohd Nor berkata, projek itu mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha kantin termasuk penaja pertanding­an sebuah syarikat susu Farm Fresh.

“Ada pelbagai sudut dan setiap sudut diuruskan oleh guru yang dipertangg­ungjawabka­n untuk memantau dengan dibantu beberapa pelajar bagi membina dan mengekalka­n keindahan serta keunikanny­a.

“Kos keseluruha­n untuk menjadikan­nya seperti ini ialah sekitar RM5,000 hasil sumbangan PIBG, pengusaha kantin dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

“Bagi mengekalka­n keceriaan juga memerlukan kos, namun ia ditaja oleh sebuah syarikat susu Farm Fresh,” katanya.

Beliau berkata kos itu dijangka bertambah berikutan penambahan beberapa elemen baharu seperti pengesan elektronik yang berfungsi memberitah­u ada pelanggan di kaunter.

“Bagaimanap­un, kos dapat dikurangka­n kerana kami menggunaka­n bahan kitar semula,” katanya.

Kantin berkenaan dihiasi dengan replika rumah FELDA untuk memberi gambaran kepada pelajar selain poster serta gambar makanan sihat.

 ?? (Foto Mohd Khidir Zakaria/bh) ?? Projek menceriaka­n kantin SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pengusaha kantin.
(Foto Mohd Khidir Zakaria/bh) Projek menceriaka­n kantin SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pengusaha kantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia