Berita Harian

DJ Lin berkorban rasa

Cekalkan hati bersengkan­g mata cari rezeki demi masa depan insan tersayang

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my Emosinya

sedikit terusik ketika diajak berbicara soal peribadi. Menjadi ibu tunggal sejak 13 tahun lalu, membataska­n masa penyampai radio dan Pengurus Kanan Suria FM, DJ Lin untuk bersama dua anak kesayangan­nya, Nureen Aresya, 18, serta Nazren Asyran, 16.

Pernah terdetik perasaan ralat di sudut hatinya apabila masanya lebih banyak dihabiskan di pejabat, berbanding bersama dua anaknya.

Demi tanggungja­wab mencari rezeki, biarpun berat, DJ Lin atau nama lengkapnya Roslinda Abdul Majid terpaksa cekalkan hati.

DJ Lin, 43, bagaimanap­un bersyukur dua anaknya tidak pernah merungut, sebaliknya memahami pengorbana­n itu dilakukan semata-mata demi masa depan mereka.

“Anak sebenarnya banyak membesar tanpa saya. Tuntutan kerja demi memenuhi keperluan mereka membuatkan saya perlu berkorban.

“Alhamdulil­lah, anak sangat memahami apabila masa saya lebih banyak dihabiskan di pejabat dan konti radio. Saya tidak seperti ibu lain yang sentiasa ada masa dengan anak.

“Mungkin tidak mewah, namun kami bersyukur dapat hidup selesa. Saya tidak menyesal dengan laluan hidup yang ditakdirka­n.

“Saya mungkin bukan ibu yang terbaik atau sempurna untuk mereka, tetapi saya cuba menjalanka­n segala amanah itu sebaik mungkin,” katanya.

Justeru, apabila anak sulungnya berjaya melanjutka­n pelajaran dalam jurusan Juru Ukur Bahan di Universiti Teknologi MARA (UITM), Seri Iskandar, Perak, barubaru ini, hatinya begitu tersentuh.

Bagi penerima Anugerah Ikon Wanita Muda Negara pada 2012 itu, segala pengorbana­nnya selama ini terbalas apabila Nureen melangkah ke menara gading.

“Perasaan saya bercampurb­aur. Terharu dan sebak melihat anak masih mampu mencipta kejayaan, biarpun saya jarang di rumah.

“Berat sebenarnya untuk melepaskan anak bersendiri­an di tempat orang. Tetapi, demi masa depannya, saya harus berkorban.

“Saya cuma mampu berdoa, dia sentiasa menjaga diri dan belajar bersungguh-sungguh. Ini hanya permulaan dan saya berharap dia akan terus menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi.

“Mujur anak kedua masih ada bersama, jadi saya tidak sunyi sangat. Kami hanya bertemu pada waktu pagi sebelum dia ke sekolah. Saya selesai kerja awal pagi dan apabila sampai di rumah, biasanya dia sudah tidur,” katanya.

Penerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 itu mengakui, tanggungja­wabnya semakin besar sejak dilantik menjadi Pengurus Kanan Suria FM, tahun lalu.

Pada masa sama, DJ Lin turut mengendali­kan segmen Suria Cinta yang ke udara setiap Ahad hingga Jumaat, bermula jam 8 malam hingga 1 pagi.

“Kekok juga pada awalnya, terutama apabila perlu memberi fokus kepada hal pengurusan. Namun, saya terima cabaran itu dengan hati terbuka.

“Saya sudah capai kepuasan dalam dunia penyiaran menerusi beberapa anugerah. Tidak mudah untuk berada pada tahap sekarang, tetapi saya optimis melalui setiap cabaran.

“Kejayaan datang bersama amanah dan saya perlu bekerja keras untuk membawa kerjaya saya ke tahap baharu. Ia menuntut komitmen yang padu.

“Ada ketika, jam 8 pagi, saya sudah ada di pejabat untuk menghadiri mesyuarat. Sebelah malam pula, saya sambung tugas di konti radio,” katanya.

Ditanya mengenai pencalonan­nya pada ABPBH 32, DJ Lin berkata, dia menyerahka­n sepenuhnya kepada peminat. Baginya, berada dalam senarai pencalonan awal sudah memadai untuk membuat dia berbangga.

“Siapa yang tidak mahu melangkah sebagai finalis Penyampai Radio Popular? Alhamdulil­lah, sepanjang lima tahun ini, nama saya tidak pernah tercicir dalam senarai finalis.

“Bukan hanya pada ABPBH, tetapi juga anugerah lain. Jika ada rezeki membolosi Top 5 pada ABPBH 32, saya anggap ia sebagai hadiah paling manis sempena 20 tahun saya dalam industri penyiaran,” katanya.

DJ Lin juga terharu dengan sokongan tidak berbelah bahagi kelab peminatnya, @djlinfollo­wers yang bekerja keras untuk memastikan namanya layak dalam senarai Top 5.

“Saya hanya serahkan pada rezeki. Undian peminat, terutama menerusi platform digital sukar diduga. Saya hanya berusaha memberikan yang terbaik untuk kepuasan semua,” katanya.

Anak sebenarnya banyak membesar tanpa saya. Tuntutan kerja demi memenuhi keperluan mereka membuatkan saya perlu berkorban.

 ?? (Foto Nurulsyaza­na Rose Razman & Nur Adibah Ahmad Izam/bh) Grafikbh ?? DJ Lin
(Foto Nurulsyaza­na Rose Razman & Nur Adibah Ahmad Izam/bh) Grafikbh DJ Lin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia