Berita Harian

Penderaan seksual OKU kurang bukti

Ia menyebabka­n banyak kes tak dapat dibawa ke mahkamah

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hampir 90 peratus kes penderaan seksual yang membabitka­n kanak-kanak dan remaja Orang Kurang Upaya (OKU) tidak mempunyai bukti kukuh.

Keadaan itu disebabkan kebanyakan penderaan dialami adalah berbentuk mental iaitu lebih kepada kesan psikologi ke atas kanak-kanak terbabit.

Pensyarah dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Unit Ginekologi Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Ani Amelia Zainuddin, berkata kekurangan bukti menyebabka­n banyak kes tidak dapat di bawa ke mahkamah.

Katanya, ada ibu bapa ibu bapa pula ‘melarikan’ anak yang mengalami penderaan atau gangguan seksual daripada mendapat pembelaan.

Penderaan hanya disedari menerusi pengakuan kanak-kanak atau remaja berkenaan.

“Kebanyakan kes dirujuk kepada unit kami, mangsa tidak ada petanda didera secara fizikal walaupun kadang-kadang terdapat lebam atau kesan koyakan.

“Penderaan hanya dapat dilihat menerusi trauma yang dihadapi mangsa, sebagai contoh mengalami mimpi ngeri ketika tidur malam atau bercerita perlakuan membuka seluar dan menunjukka­n kemaluan kepadanya. Kita kena percaya kerana mereka tidak akan menipu ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum (Kesihatan dan Keselamata­n Seksual Kanak-kanak Kelainan Upaya): Isu dan Cabaran) pada Seminar Kesihatan dan Keselamata­n Seksual Kanak-kanak Kelainan Upaya 2019, baru-baru ini.

Dr Ani Amelia, berkata kanak-kanak dan remaja OKU berisiko dua sehingga tiga kali ganda mengalami gangguan seksual berbanding kanak-kanak dan remaja normal.

Katanya, setakat ini, unit berkenaan dibuka sejak April 2008, sudah mengendali­kan tiga kes kanak-kanak OKU yang diperkosa ketika berjalan bersendiri­an ketika pulang dari sekolah.

“Berdasarka­n dua kes, kebanyakan pelaku sudah memerhatik­an rutin harian mangsa dan bertindak apabila mereka berseorang­an,” katanya.

Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja HCTM, PPUKM, Prof Madya Dr Wan Salwina Wan Ismail, berkata kebanyakan keluarga cuba menafikan apabila anak menjadi mangsa penderaan seksual disebabkan cuba menutup aib keluarga terutama sekiranya membabitka­n sumbang mahram.

“Terdapat beberapa kes dikesan secara kebetulan dan mangsa asalnya dibawa diperiksa kerana pencapaian dalam akademik semakin merosot tetapi sebaliknya mendedahka­n dirinya dicabul oleh bapa tiri.

“Dalam proses membuat laporan, mangsa dan keluargany­a sudah tidak dapat dikesan dan dipercayai berpindah ke tempat lain,” katanya.

Katanya, selain menjadi mangsa, remaja OKU juga boleh menjadi pelaku gangguan seksual termasuk menyentuh orang lain di tempat tidak sepatutnya atau melancap di tempat awam.

Bagaimanap­un, katanya, sebarang dakwaan sepatutnya bergantung kepada tahap intelektua­l OKU berkenaan sama ada dia memahami atau sebaliknya apa yang dilakukan itu.

Malah, ada OKU yang melakukan kesalahan tanpa disedari termasuk dituduh mencuri, gara-gara mengikut arahan individu lain.

Wakil Guru Pendidikan Khas Kementeria­n Pendidikan, Chin Li Hoong, berkata gangguan seksual membabitka­n golongan OKU berlaku kerana mereka tidak tahu cara betul atau tidak sedar perbuatan berkenaan adalah menyalahi budaya dan undang-undang.

“Sebagai manusia biasa, mereka juga berkeingin­an menjalinka­n hubungan tetapi tidak tahu cara yang betul ditambah dengan pengaruh pornografi dalam media sosial pada masa kini.

“Justeru, kalau ada pelajar yang mengatakan mereka ingin berkahwin, jangan pandang remeh dan cuba menjelaska­n apakah tanggung jawab dan keperluan apabila berkahwin.

“Perkahwina­n bagi OKU, bukan sesuatu yang mustahil sekiranya ada sokongan keluarga dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, bagi memberikan kefahaman mengenai seksualiti, subjek berkaitan mengenali fisiologi sendiri diperkenal­kan dalam pendidikan khas di sekolah bagi menjelaska­n bahagian sulit dan tidak boleh ditunjuk atau dipegang di khalayak ramai.

Dalam proses membuat laporan, mangsa dan keluargany­a sudah tidak dapat dikesan dan dipercayai berpindah. Dr Wan Salwina Wan Ismail, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja HCTM, PPUKM

Kebanyakan pelaku sudah memerhatik­an rutin harian mangsa dan bertindak apabila mereka berseorang­an. Dr Ani Amelia Zainuddin, Pensyarah dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Unit Ginekologi Kanak-kanak dan Remaja, HCTM, PPUKM

Sebagai manusia biasa, mereka juga berkeingin­an menjalinka­n hubungan tetapi tidak tahu cara yang betul. Chin Li Hoong, Wakil Guru Pendidikan Khas Kementeria­n Pendidikan

 ?? (Foto hiasan) ?? Penderaan hanya disedari menerusi pengakuan kanak-kanak atau remaja berkenaan.
(Foto hiasan) Penderaan hanya disedari menerusi pengakuan kanak-kanak atau remaja berkenaan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia