Berlapang hati terima teguran, nasihat orang

Berita Harian - - Agama -

Ramai manusia mengakui diri sendiri tidak sempurna atau sanggup menerima teguran orang tetapi malangnya, apabila ditegur, ada sahaja alasan diberikan.

Sebagai Muslim, kita perlu berlapang dada menerima teguran sama ada bersetuju atau tidak, adalah lebih sopan untuk kita berterima kasih.

Tanggapan orang yang gemar menegur sebagai ‘suka jaga tepi kain orang’ tidak tepat dalam kehidupan hari ini.

Sebenarnya apabila kita amati, bukan semua orang prihatin untuk melontarka­n nasihat kepada kita, apatah lagi daripada sesama umat Islam.

Firman Allah SWT: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara.” (Al-hujurat: 10)

Teguran bukan bermaksud orang yang menegur sebagai terbaik, sedangkan manusia yang ditegur bersifat teruk, sebaliknya ia sebahagian proses saling ingat-mengingatk­an kerana manusia tidak terlepas sikap terlupa.

Seharusnya apabila orang lain meluahkan pendapat, mengutarak­an masalah dan berhujah, kita sepatutnya berterima kasih.

Ini kerana kalau kita bersikap negatif, barangkali orang memberikan nasihat atau teguran itu, tidak akan lagi berminat untuk menegur perbuatan kita.

Antara hadis menerangka­n nasihat ialah hadis diriwayatk­an Abu Ruqayah atau Tamin Aus ad-dari: Nabi Muhammad SAW bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami yang hadir ketika itu bertanya: “Nasihat berkenaan apa dan untuk siapa?” Baginda menjawab: “Nasihat berkenaan Allah, kitab Allah, utusan Allah, untuk pemimpin dan untuk semua.” (HR Muslim)

Sebagai umat Islam, janganlah kita terlalu ego sebaliknya mendengar segala nasihat diberikan dengan berlapang dada dan pujuk hati untuk tidak terlalu ego menerima teguran.

Anas RA meriwayatk­an Nabi Muhammad SAW bersabda: Belum sempurna iman seseorang itu, selagi dia tidak mengasihi sesama orang Islam seperti mengasihi dirinya sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.