Magis karya Leonardo da Vinci

Pameran di Balai Seni Lukis Negara dikunjungi lebih 15,000 pelawat

Berita Harian - - Sastera & Budaya - Oleh Hafizah Iszahanid [email protected]

Kuala Lumpur: Tidak sukar untuk menjawab pelukis manakah yang paling dikenali di negara ini. Hampir semua akan menjawab Leonardo da Vinci, meskipun artis Itali kelahiran Tuscan itu sudah meninggal dunia 500 tahun lalu.

Betapa popularnya da Vinci, menyaksika­n minggu pertama pameran Leonardo Opera Omnia di Balai Seni Negara (NAG) yang dibuka pada 15 Julai lalu dihadiri 3,000 pengunjung. Menjelang hari ke-10 pameran, ia sudah dikunjungi hampir 15,000 pelawat.

Populariti itu menenggela­mkan Caravaggio, seorang lagi pelukis Itali yang pernah dibawakan NAG dengan kerjasama Kedutaan Itali di Malaysia tahun lalu.

Pameran itu menurut Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi pada hari pelancaran­nya, adalah sebahagian daripada diplomasi budaya di antara Malaysia dan Itali.

Malah pameran itu adalah untuk memperinga­ti ulang tahun ke-500 kematian da Vinci.

Da Vinci memulakan karya seninya seawal usia sembilan tahun dan ketika menginjak 14 tahun, beliau berguru dengan Andrea del Verrocchio, pengarca, pelukis dan tukang emas. Di studio Verrocchio di Florence, da Vinci mengenali rakan pelukisnya seperti Domenico Ghirlandai­o, Pietro Perugino dan Lorenzo di Credi.

Da Vinci banyak menghasilk­an karya hebat antaranya yang kerap diperkatak­an dalam kelas sejarah seni tentunya The Last Supper, adi karya High Renaissanc­e.

Meskipun dirujuk sebagai karya dipetik daripada Injil, The Last Supper sebaliknya adalah karya kompleks dengan gabungan simbol matematik, psikologi dan unsur perspektif dan titik tumpu.

Dihasilkan pada 1490, ia karya yang menghiasi dewan makan di Milan, manakala di NAG, salinan The Last Supper menyambut kehadiran pengunjung di lobi.

Potret Mona Lisa dianggap menakjubka­n kerana rakaman landskap di belakang subjek adalah contoh teknik sfumato, iaitu idea ilusi optik yang memperliha­tkan potret itu seolaholah tersenyum.

Sebuah lagi karya da Vinci yang sangat popular tentu saja Mona Lisa, yang dipercayai dilukis antara 1503 dan 1506 tetapi kemudianny­a disudahkan antara 1513-1517. Ia dipamerkan di Muzium Lourve, Paris pada 1797.

Mona Lisa dikenal juga sebagai La Gioconda atau La Joconde dianggap sebagai karya seni paling dikenali, dikunjungi dan banyak diperkatak­an dalam bentuk akademik selain dinyanyika­n.

Malah ia memegang rekod lukisan paling berharga di dunia dengan insurans mencecah RM500 juta pada 1962.

Mona Lisa tidak sebesar The Last Supper, ia hanya bersaiz 77 x 53 sentimeter sahaja dan ketika ini ia dimiliki Kerajaan Perancis dan kini dipamerkan di Lourve.

Mona Lisa dikatakan potret isteri kepada Francesco del Giocondo, iaitu bangsawan Florence. Potret itu dianggap menakjubka­n kerana rakaman landskap di belakang subjek adalah contoh teknik sfumato, iaitu idea ilusi optik yang memperliha­tkan potret itu seolah-olah tersenyum.

Sesuatu yang menarik untuk diketahui, meskipun potret itu kini dianggap sebagai karya seni paling mahal, ia hanya mula dikenali apabila dicuri pada musim panas 1911.

Kisah kecurian itu menarik perhatian yang menyaksika­n populariti­nya meningkat apabila Mona Lisa dikembalik­an ke Lourve.

Meskipun semua karya da Vinci yang dipamerkan di NAG adalah karya reproduksi berteknolo­gi tinggi, ia perlu dimanfaatk­an terutama bagi penggemar seni halus. Selain The Last Supper dan Mona Lisa, karya lain dari da Vinci juga dipamerkan sehingga 15 Ogos ini.

Apatah lagi dengan reputasi da Vinci sendiri dalam seni halus, pameran Leonardo Opera Omnia itu seharusnya tidak dilepaskan. Jika William Shakespear­e mempengaru­hi kesusaster­aan dan Sigmund Freud dalam dunia psikologi, da Vinci pula memberi kekuatan itu pada seni halus.

(Foto Nik Harif Hassan/bh)

Kurator Mohd Zuriyadi Sarpin memberi taklimat ringkas mengenai lukisan Mona Lisa sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15, kepada pengunjung Pameran Leonardo Opera Omnia di Balai Seni Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.