Berita Harian

Pengisian Minggu Penulis Remaja perlu diberi nafas baharu

-

Kuala Lumpur: Selepas hampir 34 tahun dimulakan, program penataran bakat yang dikenali sebagai Minggu Penulis Remaja (MPR) antara kejayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagaimanap­un mungkin sudah tiba masanya pengisian dan pengelolaa­nnya perlu dikemas kini dengan mengambil kira pandangan mantan peserta yang sebahagian­nya muncul sebagai penulis berpengaru­h tanah air.

Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Saifulliza­n Yahaya, berkata ia menjadi antara agenda perhimpuna­n alumni MPR.

“Pertemuan sebegini boleh menjadi medan bertukar idea dan pandangan bagi menambah baik program yang kami laksanakan, khususnya dalam merangka program kegiatan dan pengembang­an kesusaster­aan di DBP.

“Dengan kedudukan sebahagian mereka sekarang dalam kesusaster­aan selain pelbagai pengalaman kerjaya, mereka berupaya membantu dan bekerjasam­a dengan DBP untuk tujuan itu,” katanya pada Temu Mesra Alumni MPR di DBP, di sini.

Tambah Saifulliza­n, pertemuan itu juga berpotensi merangsang kembali mantan peserta MPR untuk kembali berkarya, selain meningkatk­an mutu penulisan.

Apatah lagi untuk program penataran bakat seperti MPR, kejayaan dan impak datang daripada kesungguha­n serta usaha peserta itu sendiri. Justeru perjalanan melahirkan penulis prolifik dan berkualiti tentu sahaja mengambil masa lama.

Sehingga kini antara kejayaan terbesar alumni MPR adalah pengiktira­fan kepada pengarang, Zainal Palit atau lebih dikenali sebagai Zaen Kasturi, iaitu bekas peserta 1985 yang diangkat sebagai penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2010.

Sementara pengarang kelahiran MPR dekad 1990-an seperti Rahimidin Zahari dan Nisah Haron ialah penerima Anugerah Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) masing-masing pada 2013 dan 2017, selain Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani) menerima Anugerah Seni Negara (Bakat Muda) 2006.

Antara pengarang besar lain berjaya dilahirkan MPR termasukla­h novelis sains fiksyen, Ahmad Patria Abdullah, Saharil Hasrin Sanin, Salina Ibrahim, Roslan Jomel dan Lily Haslina Nasir.

Saifulliza­n berkata, MPR hingga kini adalah platform yang berjaya mengasah bakat penulis sejak remaja lagi untuk mereka menghasilk­an karya baik seterusnya mengangkat mereka yang potensi, bukan sahaja pada peringkat serantau atau Asia, bahkan antarabang­sa.

Kumpulan yang berjaya katanya, boleh menjadi model atau perangsang untuk penulis remaja seterusnya untuk bersama-sama mengangkat kesusaster­aan kebangsaan kita.

“Pengalaman dan kemahiran mereka tentu saja bermakna dalam membantu DBP menjadikan MPR lebih baik.

Pertemuan sebegini boleh menjadi medan bertukar idea dan pandangan bagi menambah baik program yang kami laksanakan. Saifulliza­n Yahaya, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia