Permudah urusan pesakit tunggu giliran di hospital

Berita Harian - - Surat Pembaca -

Sejak tahun lalu menjadi rutin bulanan saya membawa ibu mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan iaitu di Hospital Selayang dan Sungai Buloh.

Pengalaman di kedua-dua hospital berkenaan adalah masalah kesesakan dan waktu menunggu yang terlalu lama sebelum dipanggil, sama ada tujuan pendaftara­n, membuat pemeriksaa­n darah, temu janji doktor pakar hinggalah mengambil ubat.

Memang semua sedia maklum pertambaha­n bilangan pesakit yang mahu mendapatka­n rawatan di hospital. Keadaan sesak terutama sewaktu menunggu giliran dipanggil kadang kala cukup merimaskan dan tidak selesa.

Namun berdasarka­n pemerhatia­n dan pengalaman saya semua itu boleh diatasi untuk sekurang-kurangnya mengurangk­an suasana sesak dan orang ramai yang berkumpul di ruang menunggu di luar bilik rawatan.

Memang tidak dinafikan pihak hospital sudah melakukan pelbagai usaha mengurangk­an masalah kesesakan dan menunggu lama, tetapi ramai kalangan pesakit mahu urusan temu janji mereka di hospital diselesaik­an lebih awal.

Tidak hairanlah ramai datang seawal jam enam pagi ke hospital untuk mendapatka­n nombor giliran awal walaupun temu janji mereka dengan doktor adalah pada jam sembilan atau 10 pagi.

Sebelum ini ada cadangan di pihak Kementeria­n Kesihatan untuk memperkena­lkan aplikasi khusus bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n nombor giliran secara dalam talian.

Namun saya tidak pasti adakah cadangan itu sudah dilaksanak­an kerana pengalaman saya di Hospital

Pihak hospital perlu menyediaka­n monitor memaparkan nombor giliran di kafe hospital atau ruang legar sebagai pilihan kepada pesakit dan keluarga mereka sementara menunggu giliran untuk mendapatka­n rawatan.

Selayang dan Sungai Buloh masih mengamalka­n cara manual.

Saya pasti perkara itu jika dilaksanak­an mampu memudahkan orang ramai mendapatka­n rawatan dan mengurangk­an masa menunggu mereka di hospital.

Selain itu, rasanya pihak hospital perlu menyediaka­n monitor memaparkan nombor giliran di kafe hospital atau ruang legar sebagai pilihan kepada pesakit dan keluarga mereka sementara menunggu giliran untuk mendapatka­n rawatan.

Dengan cara ini orang ramai mempunyai pilihan tempat menunggu selain dapat mengurangk­an kesesakan dan rasa tidak selesa pesakit kerana terpaksa menunggu lama.

Keluarga pesakit, Selayang, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.