Usah taasub lambakan produk kecantikan kulit

Berita Harian - - Surat Pembaca -

Hari ini terlalu banyak produk kecantikan kulit di pasaran, baik buatan tempatan atau diimport. Jadi jangan kita terlalu mudah percaya kepada iklan terutama dipaparkan di media sosial.

Pastinya ramai ghairah ingin memiliki kulit cantik putih mulus seperti yang dipaparkan melalui iklan.

Setiap produk pula mempunyai duta tersendiri yang sudah asli kecantikan.

Perlu diingat tidak semua duta produk cantik hasil produk yang diwakili, jadi jangan mudah terpedaya kerana ada juga duta produk yang cantik kerana ‘make up’ atau alat solek.

Apa yang perlu dilakukan sebelum membeli produk kecantikan ialah kenal pasti dahulu masalah kulit.

Contohnya kulit normal, kering atau berminyak. Ini dapat mengelakka­n daripada terbeli produk yang tidak bersesuaia­n dengan masalah kulit.

Selain itu, bahan setiap produk juga perlu diteliti. Sejak akhir-akhir ini beberapa produk didapati tidak selamat untuk digunakan kerana mengandung­i bahan berbahaya.

Sebelum membeli sebarang produk, banyakkan dahulu membaca mengenai maklum balas pengguna produk kecantikan. Lihat juga label produk serta pastikan ia mempunyai kelulusan daripada Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Kenal pasti juga jika produk itu tersebut ialah produk ‘timbang kilo’ yang rata-ratanya adalah berstatus mampu milik. Berhati-hati dengan produk seperti ini yang tidak melalui proses penyelidik­an di makmal serta tidak mempunyai kelulusan KKM.

Kebanyakan rakyat Malaysia memandang orang yang kulit putih itu cantik. Jangan terlalu obses untuk mendapatka­n kulit putih sehingga menyebabka­n kulit menjadi semakin tidak sihat.

Berhati-hatilah dengan sebarang produk kecantikan. Berhenti menggunaka­n produk tersebut jika terdapat iritasi pada kulit yang menyebabka­nnya menjadi semakin teruk.

Seelok-eloknya dapatkan dahulu pandangan pakar kulit sebelum memilih produk secara rambang.

Shafaruniz­a Mahadi, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Matematik UITM Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.