Berita Harian

Pedas melampau beri kesan buruk kepada pengguna

-

Selera rakyat Malaysia seperti bermusim dan sering terikut-ikut dengan aliran terkini sama ada daripada dalam atau luar negara.

Kemunculan media sosial menambahka­n lagi budaya ikut-ikutan ini. Walaupun orang kita sejak dari dulu memang suka makan pedas, tetapi ‘trend’ mencuba makanan pedas dan memuat naik ke laman sosial semakin menjadi-jadi.

Begitu juga dengan pengeluar makanan, dilihat semakin berlumba-lumba mengeluark­an makanan yang didakwa pedas berganda-ganda, malah turut menggalakk­an pengguna melakukan cabaran di media sosial.

Daripada mi segera, burger hinggalah ayam goreng semuanya pedas ‘berdengung’.

Selain tahap kepedasan melampau pengguna dicabar pula untuk makan dalam kuantiti banyak sehingga kadang kala dilihat seperti tidak masuk akal untuk menghabisk­annya.

Rasanya trend cabaran makan makanan pedas melampau ini perlu dihentikan kerana apa yang dilihat perkara ini lebih mendatangk­an kemudarata­n walaupun ada yang menganggap­nya untuk tujuan suka-suka.

Hidangan pedas memang menyelerak­an bagi penggemarn­ya. Tetapi menikmatin­ya dalam keadaan cepat tanpa mengunyah makanan dengan betul bukan saja menjejaska­n penghadama­n, tetapi kesihatan secara keseluruha­nnya.

Sudah ada kajian sekumpulan penyelidik di Universiti South Australia dan Universiti Qatar yang mendapati individu yang suka makan pedas setiap hari berisiko mengalami penyakit dementia atau masalah memori yang dikaitkan dengan nyanyuk dan pelupa.

Malah, makanan pedas juga dikaitkan dengan masalah keradangan perut, ulser perut dan buasir berdarah. Walaupun ia bukan penyebab secara langsung, tetapi lama kelamaan mungkin akan terkena penyakit berkaitan.

Mungkin pengeluar makanan perlu prihatin dengan perkara ini supaya tidak lagi berlumba-lumba mengeluark­an menu makanan paling pedas sehingga menjejaska­n pengguna.

E Nur, Petaling Jaya.

 ?? [Foto hiasan] ?? Individu yang suka makan pedas setiap hari berisiko mengalami penyakit dementia atau masalah memori yang dikaitkan dengan nyanyuk dan pelupa.
[Foto hiasan] Individu yang suka makan pedas setiap hari berisiko mengalami penyakit dementia atau masalah memori yang dikaitkan dengan nyanyuk dan pelupa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia