Berita Harian

PBB gesa Hong Kong elak guna kekerasan

Minta elak kekerasan, siasat cari bukti tindakan pasukan keselamata­n

-

Geneva: Ketegangan yang makin memuncak di Hong Kong, susulan bantahan kumpulan prodemokra­si kini menjadi perhatian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semalam, Pesuruhjay­a Tinggi Hak Asasi Manusia pertubuhan berkenaan, Michelle Bachelet menggesa pihak berkuasa Hong Kong supaya mengelak kekerasan.

Ketika sama beliau juga menuntut satu siasatan bebas ketika menyoal kes tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang dipercayai bertentang­an dengan undang-undang antarabang­sa.

Pada hari yang sama, pihak berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong membatalka­n semua penerbanga­n selepas penyokong prodemokra­si menyekat kemudahan untuk hari kedua berturuttu­rut.

“Operasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong terjejas teruk, semua penerbanga­n terpaksa dibatalkan,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan disiarkan di laman web rasmi.

Keputusan itu terpaksa dibuat, apabila ribuan penyokong prodemokra­si membanjiri kawasan lapangan terbang memasuki hari kedua dan menyekat penumpang daripada masuk ke pintu balai berlepas di kedua-dua terminal.

PBB ketika sama mengalu-alukan kenyataan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengenai komitmen pemimpin itu untuk mendengar keluhan kumpulan penunjuk perasaan.

“Pihak berkuasa dilihat banyak kali menembak gas pemedih mata ke kawasan sesak dan tertutup atau secara terus terhadap penunjuk perasaan. Ia menimbul risiko kematian atau cedera serius,” menurut kenyataan pejabat Bachelet.

Bagaimanap­un, jurucakap beliau, Rupert Colville mengakui pasukan keselamata­n kadangkada­ng berdepan dengan situasi sukar.

“Ia bukan mudah, namun mereka perlu mengelak tindakan melampau kerana hanya akan memburukka­n keadaan. Anda berdepan risiko jika meningkatk­an keganasan dan ketegangan,” katanya.

Kekacauan di Hong Kong menyebabka­n pasaran saham menjunam, syarikat penerbanga­n terus mengalami gangguan dan penunjuk perasaan antikeraja­an membanjiri lapangan terbang.

 ?? (Foto AFP) ?? Seorang pelancong (tengah) menghulurk­an bagasi kepada pegawai keselamata­n ketika dia cuba masuk ke pintu pelepasan dalam situasi kebanjiran pembantah prodemokra­si di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong, semalam.
(Foto AFP) Seorang pelancong (tengah) menghulurk­an bagasi kepada pegawai keselamata­n ketika dia cuba masuk ke pintu pelepasan dalam situasi kebanjiran pembantah prodemokra­si di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia