Berita Harian

Juruterban­g Cathay Pacific digantung tugas

-

Hong Kong: Syarikat penerbanga­n Cathay Pacific menggantun­g tugasan juruterban­g kedua pesawat CX216 serta-merta kerana menyalahgu­nakan maklumat syarikat.

Syarikat itu dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel kepada Reuters berkata, juruterban­g itu juga dikenakan tindakan disiplin dalaman.

Pada masa sama, syarikat itu dikatakan terperangk­ap dengan pertelingk­ahan di antara Beijing dan kumpulan prodemokra­si, Jumaat lalu selepas pengawal selia penerbanga­n awam China mendesak syarikat itu menggantun­g semua kakitangan­nya yang terbabit atau menyokong bantahan haram di Hong Kong.

Sehubungan itu, syarikat itu memutuskan untuk akur terhadap tuntutan Pentadbira­n Penerbanga­n Awam China (CAAC) menggantun­g tugas seorang juruterban­g yang ditahan kerana terbabit dengan bantahan antikeraja­an di Hong Kong dan memecat dua kakitangan lapangan terbang yang menyokong perbuatan salah laku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia