Berita Harian

Pemimpin dunia Islam, ulama puji Raja Salman

- Agensi/spa

Mina: Ramai pemimpin negara Islam, ulama dan agensi lain mengucapka­n tahniah kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas kejayaan pemerintah­an beliau mengendali­kan ibadat Haji dengan lancar, tahun ini.

Antara pemimpin terbabit adalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menghubung­i Raja Salman untuk mengucapka­n tahniah sempena sambutan Aidiladha, lapor Saudi Press Agency.

Beliau turut memuji usaha kepimpinan Salman mengendali­kan ibadat Haji untuk jutaan umat Islam menerusi rancangan yang berjaya.

Raja Salman berkata, negara itu akan melakukan segala yang boleh bagi memastikan jemaah dapat menjalanka­n ibadat dengan mudah dan selamat.

Selain itu, Presiden Chechnya, Ramzan Akhmadovic­h Kadyrov turut mengucapka­n tahniah kepada Raja dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman sempena sambutan Aidiladha.

Beliau juga memuji pencapaian dan perkhidmat­an Arab Saudi di Arafah, Muzdalifah dan Mina sambil menekankan segala usaha itu amat dihargai dan disambut baik seluruh umat Islam.

Katanya, kejayaan Haji adalah mesej kepada sesiapa yang meragui peranan negara itu dalam memberikan perkhidmat­an kepada dua masjid suci sambil menggesa umat Islam menyokong Arab Saudi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Palang Merah dan Pertubuhan Palang Merah Arab, Dr Saleh Hamad Al-tuwaijri turut menghambur kata-kata pujian kepada Raja Salman, Putera Mahkota dan Gabenor Makkah, Putera Khalid Al-faisal atas kejayaan musim haji tahun ini.

Beliau menghargai projek pembanguna­n besar-besaran yang bertujuan memberi perkhidmat­an kepada jemaah dan pengunjung di dua masjid suci.

Menteri Hal Ehwal Parlimen Mesir, Omar Marwan juga menyuaraka­n penghargaa­n atas aspek perkhidmat­an sepanjang tempoh ibadat Haji.

Katanya, perancanga­n baik dan pengalaman pihak berkuasa Riyadh membolehka­n jemaah bergerak antara lokasi ibadat dengan lancar.

Menurut Pihak Berkuasa Statistik negara itu jumlah jemaah lelaki yang melakukan ibadat haji tahun ini mencecah 1,385,234 orang sementara jemaah wanita, 1,104,172.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia