Berita Harian

Warga London ‘rasai’ derita Rohingya

Penganjur mahu orang ramai sedar krisis manusia di kem Bangladesh

- Reuters

London: Warga Britain dan pengunjung lain diberi peluang untuk merasai pengalaman berada di kem pelarian terbesar dunia di Bangladesh.

Ini susulan insiatif sebuah badan amal yang mewujudkan suasana hutan di selatan negara berkenaan yang menempatka­n hampir satu juta pelarian Rohingya di sebuah gedung beli-belah, di sini, semalam.

Hasil ciptaan interaktif Pasukan Palang Merah Britain itu memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat kehidupan dilalui puluhan ribu pelarian yang melarikan diri dari Myanmar daripada serangan kejam tentera pada 2017.

Hampir dua tahun selepas serangan itu, Pasukan Palang Merah berkata, mereka mahu memastikan orang ramai tidak lupa kepada etnik Rohingya dan ingin meningkatk­an kesedaran terhadap keadaan kediaman mereka apabila dilanda musim hujan monsun.

“Kami mahu orang ramai sedar dan memahami apa yang kami pamerkan ini adalah krisis kemanusiaa­n pada skala epik yang masih berterusan selama dua tahun.

“Kamu melihat kepada komuniti yang rapuh, terus terdedah kepada risiko. Pameran di gedung Westfield, timur London ini menampilka­n tempat perlindung­an di kem Bangladesh, kediaman lebih 900,000 pelarian dari etnik minoriti Rohingya.

“Ini termasuk rakaman video temuramah bersama beberapa penduduk,” kata jurucakap Thomson Reuters Fondation, Paul Amadi.

Beliau berharap pemasangan ini akan memberi satu sentuhan kemanusiaa­n kepada pengunjung mengenai cabaran dihadapi Rohingya dan ketika sama merayu mencari tabungan membantu mereka mengharung­i kehidupan dalam kem berkenaan.

 ?? (Foto Thomson Reuters Fondation) ?? Pasukan Palang Merah Britain mewujudkan suasana penempatan pelarian Rohingya, di sebuah gedung beli-belah Westfield, di London.
(Foto Thomson Reuters Fondation) Pasukan Palang Merah Britain mewujudkan suasana penempatan pelarian Rohingya, di sebuah gedung beli-belah Westfield, di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia