Berita Harian

Lelaki bunuh wanita dicekup

PM Australia puji orang awam bantu tangkap suspek tikam mangsa

- AFP

Sydney: Seorang lelaki bersenjata­kan pisau yang membunuh seorang wanita dan menikam seorang lagi, di sini, semalam berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam.

Suspek berusia 21 tahun itu yang dikaitkan dengan masalah mental, dilaporkan dikejar orang ramai sebelum dicekup di sebuah daerah sibuk di tengah bandar raya Sydney.

Menurut polis, wanita ditikam itu berada dalam keadaan stabil dan tidak ada sebarang laporan kecederaan lain, melainkan beberapa kali cubaan menikam oleh penyerang yang sama.

Empat daripada orang awam yang mengejar lelaki bersenjata itu adalah Alex Roberts, kelahiran Colombia serta tiga warga Britain, Lee Cuthbert dan adik beradik, Paul dan Luke O‘shaughness­y.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memuji sikap berani orang awam tampil menghalang suspek itu daripada cuba membunuh atau mencederak­an ramai lagi.

“Penyerang itu kini dalam tahanan polis berikutan tindakan berani orang ramai di tempat kejadian sehingga dia berjaya dihalang,” katanya dalam akuan Twitter.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis New South Wales, Mick Fuller berkata suspek itu tiada kaitan dengan pertubuhan pengganas. Tetapi dia berkata lelaki itu dipercayai ada maklumat mengenai pembunuhan beramai-ramai di New Zealand dan Amerika Syarikat.

Rakaman yang disiarkan media Australia menunjukka­n seorang lelaki terjun daripada bumbung kereta dengan memegang pisau, sambil menjerit ‘Allahu Akbar’ dan ‘tembak saya’.

Seorang saksi, Megan Hayley berkata, dia melihat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an atau 30-an memegang pisau dikejar beberapa orang di kawasan pusat beli belah yang sibuk ketika waktu tengah hari.

“Lima atau enam orang mengejar dia, cuba untuk menahan dan akhirnya berjaya menangkap di hadapan kedai di tengah bandar raya,” katanya.

Polis memuji keberanian orang ramai yang tampil dan menahan lelaki terbabit dengan menggunaka­n kerusi dan bakul plastik.

“Mereka ini dianggap wira kerana menahan seorang lelaki yang terbukti jelas melakukan serangan,” kata jurucakap polis, penguasa, Gavin Wood.

 ?? (Foto EPA) ?? Petugas penyelamat membawa mangsa di Sydney, semalam. wanita ke hospital susulan serangan lelaki bersenjata­kan pisau
(Foto EPA) Petugas penyelamat membawa mangsa di Sydney, semalam. wanita ke hospital susulan serangan lelaki bersenjata­kan pisau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia