Berita Harian

Pelakon siri Walking Dead meninggal

- Agensi

Georgia: Aktor yang membintang­i siri televisyen popular, Walking Dead, Dango Nguyen meninggal dunia pada usia 48 tahun, kelmarin selepas sekian lama bertarung melawan penyakit kanser.

Berita menyedihka­n itu diumumkan oleh Jabatan Bomba dan Kecemasan Athens-clarke di Georgia di akaun Facebook mereka.

“Dango berkhidmat sebagai sarjan dengan jabatan kami sebelum meninggalk­an kerjaya ini untuk menyertai industri hiburan sebagai pelakon.

“Beliau bertugas selama 20 tahun sebelum memilih untuk bertukar arah. Sekali berkhidmat sebagai anggota bomba, selamanya anda adalah keluarga kami.

“Dango adalah ahli keluarga kami yang sangat terkenal,” kata hantaran itu.

Kerjaya mendiang bermula sebagai seorang ahli gusti bersama legenda WWE, Rob Van Dam sebelum meninggalk­an arena itu untuk membina keluarga.

Jabatan Bomba Athens-clarke berkata, mendiang akan diingati sebagai seorang anggota yang memiliki kekuatan dan ketahanan luar biasa, serta sering bertindak pantas.

Mendiang meninggalk­an seorang isteri dan beberapa orang anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia