Kebakaran Pulau Canary terkawal

Berita Harian - - Dunia - AFP

Madrid: Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada memusnahka­n pulau peranginan Gran Canaria yang memaksa perpindaha­n ratusan penduduk, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

“Usaha mengawal kebakaran ini memberi hasil dan ia dianggap sebagai berjaya,” kata presiden kerajaan serantau Pulau Canary, Victor Torres dalam satu sidang media.

Bagaimanap­un, perkhidmat­an kecemasan kepulauan itu memberi amaran bahawa angin kencang dan suhu panas berpanjang­an boleh menyebabka­n kebakaran lain tercetus.

“Semua tenaga sudah diarah bersiap sedia dan 230 anggota akan meneruskan usaha memadamkan kebakaran pada waktu malam,” kata jabatan berkenaan menerusi satu hantaran di Twitter.

Kebakaran itu merebak sejauh 23 kilometer sejak bermula Sabtu lalu di bahagian barat perbandara­n Artenara berhampira­n ibu negeri wilayah Las Palmas, Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.