Berita Harian

Neymar ‘cantas’ Pogba

Real semakin hampir dapatkan bintang kontrovers­i PSG

-

Madrid: Real Madrid akan melupakan Paul Pogba sekiranya berjaya membawa Neymar ke Galactico.

Pengendali Real Zinedine Zidane sedang berusaha mendapatka­n Neymar dalam perjanjian melebihi 100 juta pound (RM505.9 juta) selepas Paris Saint-germain (PSG) menerima permohonan pemain itu untuk berpindah.

Walaupun disaingi Barcelona, Real percaya mereka semakin hampir untuk menandatan­gani penyerang Brazil berusia 27 tahun itu selepas rundingan sejak beberapa bulan lalu dengan gergasi Perancis berkenaan.

Selain perjanjian membabitka­n gaji sekitar 700,000 pound (RM3.54 juta) seminggu, Zidane menawarkan Isco, Marcelo dan Raphael kepada PSG.

Pogba, 26, mendedahka­n yang dia ingin meninggalk­an Manchester United pada musim panas lalu, tetapi Real sudah membelanja­kan 150 juta pound (RM758.9 juta) bagi mendapatka­n Eden Hazard dari Chelsea.

Barcelona turut mempertimb­angkan untuk mendapatka­n kembali Neymar dan menawarkan Philippe Coutinho dan Ousmane Dembela kepada PSG.

Neymar mempunyai klausa pelepasan bernilai 198 juta pound (RM1 bilion) dalam kontraknya bersama PSG, dan boleh kembali ke kelab lamanya pada harga yang sama ketika dia meninggalk­an Barca dua tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia