Berita Harian

Sneijder gantung but selepas 17 tahun

-

The Hague, Belanda: Pemain berpengala­man Belanda, Wesley Sneijder mengumumka­n persaraann­ya daripada bola sepak kelmarin, sekali gus menamatkan karier 17 tahunnya yang dihiasi pelbagai trofi.

Sneijder, 35, yang mewakili negaranya sebanyak 134 kali tertinggi dalam sejarah pasukan itu - membuat pengumuman berkenaan di laman You Tube kelab kampung halamannya FC Utrecht.

“Hubungan saya dengan bandar ini sangat kuat. Kini saya sudah bersara daripada bola sepak, saya mahukan tempat yang bagus untuk berkongsi memori saya,” kata Sneijder yang membeli kotak tempat duduk korporat di stadium kelab berkenaan.

Sneijder, yang membuat penampilan sulung pada tahun 2003 ketika berusia 19 tahun, muncul naib juara Piala Dunia 2010 bersama skuad Oranje di Afrika Selatan selepas tewas kepada Sepanyol.

Persembaha­nnya di kejohanan itu menyaksika­n dia menerima Bola Perak sebagai pemain kedua terbaik di belakang Diego Forlan dari Uruguay.

Empat tahun kemudian di Brazil, dia memimpin pasukannya menduduki tangga ketiga selepas tewas penentuan penalti kepada Argentina di separuh akhir. Dia turut tersenarai dalam Kesebelasa­n Terbaik Euro 2008 walaupun pasukannya tersingkir di tangan Russia pada aksi suku akhir.

Perjalanan ke final Piala Dunia 2010 hadir selepas musim terbaiknya di arena bola sepak kelab, apabila pemain yang menyarung jersi nombor 10 Inter Milan itu membawa pasukannya memenangi Serie A, Piala Itali dan Liga Juara-juara di bawah kendalian Jose Mourinho.

 ??  ?? Wesley Sneijder
Wesley Sneijder

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia