Berita Harian

Bayern mudah mara ke pusingan kedua

-

Berlin: Robert Lewandowsk­i menemui sasaran dan Lucas Hernandez membuat penampilan sulung ketika Bayern Munich mara ke pusingan kedua Piala Jerman menewaskan kelab kerdil, Energie Cottbus 3-1, awal pagi semalam.

Ketika ramai menjangkak­an kelab divisyen empat itu bakal dibelasah teruk, Cottbus membuktika­n sebaliknya apabila berjaya mengekang Bayern hampir setengah jam sebelum Lewandowsk­i memecah kebuntuan dari jarak dekat.

Percubaan Lewandowsk­i dan Kingsley Coman terkena palang sebelum rehat dan Bayern terpaksa menunggu sehingga minit ke-65 untuk menggandak­an jaringan hasil rembatan jarak jauh Coman.

Leon Goretzka melengkapk­an kemenangan enam minit sebelum tamat perlawanan untuk Bayern, yang tidak pernah tewas pusingan pertama kejohanan sejak 1994.

Berkan Taz menjaringk­an gol tunggal tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.

“Pasukan saya beraksi dengan baik hari ini. Saya sebenarnya mahu memasukkan Hernandez lebih awal daripada minit 89 tetapi dia baharu pulih daripada kecederaan yang panjang,” kata pengendali Bayern Niko Kovac.

Bayern memulakan kempen Bundesliga menentang Hertha Berlin di tempat sendiri pada awal pagi Sabtu ini.

Sementara itu, Wolfsburg memerlukan dua gol pada masa tambahan sebelum menewaskan pasukan divisyen tiga, Halle yang dua kali bangkit untuk mengikat kedudukan 3-3.

Robin Knoche dan Josip Brekalo memastikan kemenangan 5-3 buat Wolfsburg. Kelab divisyen dua, Karlsruhe dan Stuttgart turut mara pusingan kedua selepas menewaskan Hanover dan Hansa Rostock.

Saya sebenarnya mahu memasukkan Hernandez lebih awal daripada minit 89 tetapi dia baharu pulih daripada kecederaan panjang. Niko Kovac, Pengendali Bayern Munich

 ??  ?? Aksi perlawanan antara Bayern Munich (jersi putih) menetang Energie Cottbus yang berkesudah­an Bayern menang 3-1.
Aksi perlawanan antara Bayern Munich (jersi putih) menetang Energie Cottbus yang berkesudah­an Bayern menang 3-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia