Berita Harian

Azpilicuet­a pertahan Mount, Abraham

-

London: Kapten Chelsea, Cesar Azpilicuet­a menegaskan pemain muda, Mason Mount dan Tammy Abraham ‘berhak berada di sini’ selepas membarisi kesebelasa­n utama ketika dibelasah 4-0 oleh Manchester United, Ahad lalu.

Ia perlawanan pertama Chelsea di bawah kendalian Frank Lampard dan kedua-dua pemain muda itu memulakan aksi, manakala pemain veteran seperti N’golo Kante dan Olivier Giroud bermula di bangku simpanan.

“Kami menaruh keyakinan ke atas mereka dan mereka berhak berada di sini.

“Mereka berjuang dalam setiap sesi latihan dan kini kami mempunyai peluang besar membentuk kumpulan yang hebat.

“Semua mahu memulakan musim dengan lebih baik, tetapi kami perlu belajar daripada setiap perlawanan untuk bangkit lebih kuat,” kata Azpilicuet­a.

Azpilicuet­a bagaimanap­un mengakui kecewa dengan kekalahan berkenaan selepas menguasai permainan terutama pada babak pertama.

“Kami mencipta banyak peluang, tetapi gagal menjaringk­an gol. Ia keputusan yang sukar ditelan, tetapi kami perlu terus berusaha,” katanya.

Kante dijangka akan diturunkan pada perlawanan seterusnya - menentang Liverpool dalam aksi Piala Super UEFA di Istanbul awal pagi esok - selepas pulih daripada kecederaan.

Abraham pula dijangka terus diberi peluang selepas kempen pramusim yang memberangs­angkan di bawah kendalian Lampard. Agensi

Mereka berjuang dalam setiap sesi latihan dan kini kami mempunyai peluang besar membentuk kumpulan yang hebat.

Cesar Azpilicuet­a, Kapten Chelsea

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia