Berita Harian

Alasan Liverpool, Chelsea

The Reds tekad tambah koleksi trofi, Blues mahu cari penawar

-

Istanbul: Jurgen Klopp mahu Liverpool memenangi trofi sebagai kebiasaan apabila kembali ke Istanbul - kota yang pernah menjadi saksi kegemilang­an mereka - bertemu pesaing Liga Perdana Inggeris Chelsea dalam final Piala Super UEFA, awal pagi esok.

Kelab Anfield itu menewaskan AC Milan dalam penentuan penalti untuk memenangi Liga Juara-juara di Turki pada 2005 dan kini berdepan Chelsea selepas menjadi juara Eropah buat kali keenam Jun lalu.

Perlawanan pembuka tirai musim Eropah itu mungkin tidak begitu dipandang ramai, tetapi kedua-dua kelab pasti mahu mengambil peluang menambah koleksi piala dengan Liverpool menamatkan kemarau tujuh tahun kejuaraan, manakala Frank Lampard mahu memulakan kariernya sebagai pengendali Chelsea dengan kilauan trofi.

Liverpool sudah memenangi kejohanan berkenaan sebanyak tiga kali, manakala Chelsea sekali, tetapi 10 pemenang terakhir Piala Super adalah kelab Sepanyol.

Turut menarik perhatian pada pertembung­an kali ini ialah Stephanie Frappart, pengadil wanita pertama akan mengendali perlawanan utama lelaki dalam kejohanan Eropah.

Perlawanan di laman Besiktas, Vodafone Park itu akan menyaksika­n Liverpool turun sebagai pasukan pilihan berbanding Chelsea yang tewas 0-4 kepada Manchester United pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, minggu lalu.

Selepas tewas dalam penentuan penalti kepada Manchester City pada perlawanan Perisai Komuniti, skuad kendalian Klopp membuka tirai Liga Perdana dengan kemenangan 4-1 ke atas Norwich City.

Bagaimanap­un, keputusan berkenaan dibayangi kehilangan Alisson Becker dan Klopp mengesahka­n penjaga gol Brazil itu akan direhatkan enam minggu akibat kecederaan betis.

Adrian akan menggantik­an tempat Alisson dan Klopp berharap pasukannya mampu meneruskan momentum kemenangan ke atas Tottenham pada final Liga Juara-juara lalu di Madrid.

Chelsea menempah tempat ke perlawanan di Istanbul selepas menewaskan Arsenal pada final Liga Europa, tetapi banyak perubahan dilalui pasukan berkenaan sejak kemenangan terbabit.

Pengendali, Maurizio Sarri dan bintang mereka, Eden Hazard sudah meninggalk­an kelab dan digantikan dengan legenda mereka, Lampard yang kini mengemudi pasukan dari tepi padang selepas semusim mengutip pengalaman bersama Derby County. AFP

 ??  ?? Pengadil wanita pertama, Frappart akan mengendali perlawanan utama
lelaki dalam kejohanan Eropah.
Pengadil wanita pertama, Frappart akan mengendali perlawanan utama lelaki dalam kejohanan Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia