Berita Harian

Alexander-arnold yakin kemampuan Adrian

-

London: Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-arnold, menegaskan Adrian mempunyai kualiti sebagai penjaga gol kedua The Reds.

Bekas penjaga gol West Ham itu yang menyertai Liverpool minggu lalu hampir pasti diturunkan pada aksi Piala Super UEFA menentang Chelsea di Istanbul, awal pagi esok.

Penjaga gol ketiga Liverpool, Caoimhin Kelleher belum cergas sepenuhnya selepas cedera pergelanga­n tangan yang memaksa kelab menandatan­gani bekas pemain Middlesbro­ugh berusia 35 tahun, Andy Lonergan secara percuma.

“Pengalaman­nya (Adrian) menjadi aset. Dia sudah beraksi banyak perlawanan, jadi dia tahu tugasnya,” kata Alexandera­rnold.

Adrian masuk menggantik­an Alisson Becker yang cedera betis ketika menewaskan Norwich 4-1.

Pemain Brazil itu dipapah keluar pada babak pertama dalam aksi pertama Liga Perdana di Anfield, Sabtu lalu.

“Tak berapa bagus. Ia kecederaan betis yang memaksanya berehat seketika.

“Saya tak mahu membuat jangkaan bila dia akan kembali, tetapi sudah pasti bukan esok, jadi kami perlu tunggu, yang pasti beberapa minggu.

“Mungkin enam minggu, tetapi Ali jarang cedera dalam kariernya jadi saya perlu tunggu kemajuanny­a selepas ini,” kata pengurus, Jurgen Klopp dalam laman web kelab. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia