Berita Harian

Hafizh sudah cergas

Pelumba negara boleh beraksi di GP British

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hafizh Syahrin Abdullah yang mengalami kemalangan di Grand Prix (GP) Austria hujung minggu lalu dilaporkan cergas untuk beraksi di Grand Prix (GP) British dari 23 hingga 25 Ogos ini.

Berdasarka­n laman akaun Instagram pasukannya - Red Bull KTM Tech3 - Hafizh dibenarkan keluar selepas pihak hospital melakukan pemantauan kesan gegaran di kepala selain membersihk­an luka di bahagian siku kanannya.

“Hafizh sudah dibenarkan keluar dari hospital susulan daripada gegaran di kepala dan melakukan pembedahan kecil bagi membersihk­an luka di siku kanannya.

“Sedia untuk (proses) pemulihan dan akan kembali cergas di Silverston­e!,” tulis pasukan itu.

Malah rakan sepasukan Hafizh dari Portugal, Miguel Oliveira turut memberi sokongan menerusi ruangan komen dengan menyatakan, ‘Bo55ku kuat’ sebelum dibalas pelumba negara, ‘terima kasih’, satu perlumbaan yang menarik daripada kamu’.

Ahad lalu, Hafizh dikejarkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaa­n lanjut kerana mengalami gegaran di kepala selepas terbabit dengan kemalangan di Litar Red Bull Ringspielb­erg itu.

Dengan berbaki lapan pusingan, pelumba berusia 25 tahun itu hanya mengumpul tiga mata selepas meraih penamat di tempat ke-14 pada GP Perancis dan ke-15 pada GP Belanda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia