Berita Harian

Pemain senior perkuat skuad hoki dalam dewan

-

Kuala Lumpur: Khidmat tiga atau empat pemain senior hoki padang negara kembali ditagih skuad hoki dalam dewan lelaki dalam misi mempertaha­nkan pingat emas pada Sukan SEA Filipina 2019.

Menurut penolong jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki, Megat Azrafiq Termizi, persetujua­n sudah dicapai antaranya dengan ketua jurulatih Malaysian Tigers, Roelant Oltmans untuk melepaskan pemain yang tidak terpilih ke kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 pada Oktober nanti.

“Kita mengharapk­an dengan kehadiran pemain hoki padang pada Oktober nanti mampu memberi cabaran kepada 12 pemain sedia ada.

“Namun, buat masa ini kita belum pasti lagi siapa tiga atau empat berkenaan kerana ia bergantung pemain mana yang tidak dibawa ke kelayakan akhir Sukan Olimpik,” katanya.

Megat Azrafiq difahamkan akan memberi keutamaan barisan pemenang emas hoki dalam dewan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang mengikuti kem latihan hoki padang negara.

Antaranya adalah Najib Abu Hassan, Norsyafiq Sumantri, Syed Syafiq Syed Cholan, Amirol Aideed, Ashran Hamsani dan Najmi Farizal Jazlan.

Bagi Yahya Atan iaitu ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan wanita negara pula, dia enggan ambil pusing selepas usahanya untuk mendapatka­n khidmat beberapa tonggak hoki padang menemui jalan buntu.

Sebaliknya, dia memilih untuk terus menyenarai­kan tiga pemain yang bakal beraksi dalam liga utama hoki Eropah sebagai senarai simpananny­a.

“Daripada lima pemain yang saya pohon hanya Shafiqah Mohd Zain dan Syafiqa Mat Isa melapor diri, manakala Hanis Nadiah (Onn), Raja Norsharina dan Fatin Shafika Mahd Sukri nama mereka tetap disenaraik­an meskipun terlebih dulu akan ke Eropah,” katanya.

Sebagai rekod, pasukan hoki dalam dewan lelaki memenangi emas pada temasya lalu ketika wanita sekadar berpuas hati dengan gangsa.

 ??  ?? Megat Azrafiq Termizi
Megat Azrafiq Termizi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia