Berita Harian

Husniah masih belum layak

-

Kuala Lumpur: Masa semakin mencemburu­i ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli yang masih tercari-cari rentak terbaik menempah tiket beraksi di Sukan SEA Filipina 2019.

Ia berikutan pelari berusia 25 tahun itu yang sedang berkelana di Amerika Syarikat (AS) masih belum melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sebagai rekod, untuk melepasi syarat merit, atlet perlu menghuni kedudukan tiga terbaik Asia Tenggara berbanding Husniah yang ketika ini di ranking kelima.

Justeru, ketua jurulatih negara, Manshahar Abd Jalil percaya Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang bermula Jumaat ini amat penting buat semua atlet mencari tiket ke Sukan SEA walaupun belum ada kepastian mengenai penyertaan Husniah yang ketika ini turut terikat dengan komitmen kejohanan di AS.

“Husniah ketika ini di ranking kelima di belakang dua pelari Filipina, Zion Carrales (11.41 saat) dan Kristina Marie Knott (11.42s)

“Bagaimanap­un saya jangkakan seramai 25 ke 30 atlet akan terpilih untuk beraksi di Sukan SEA apabila senarai akhir diumumkan selepas tamatnya Kejohanan Tertutup yang akan berlangsun­g di Stadium Mini MSN nanti,” katanya pada sidang media skuad olahraga ke Sukan SEA.

Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia adalah pentas terakhir buat semua atlet melayakkan diri ke temasya dwitahunan itu, November ini.

Malah, Manshahar turut percaya tiada tiket mudah terutama buat atlet pecut Khairul Hafiz Jantan yang perlu berusaha lebih keras lagi untuk cuba melepasi syarat kelayakan bagi kategori A.

“Catatan 10.50s meletakkan Khairul Hafiz berkeduduk­an tempat ke-10 Asia Tenggara,” katanya.

Untuk rekod, seramai 15 atlet sudah melepasi syarat kelayakan bagi kategori A membabitka­n 12 lelaki dan tiga wanita.

 ?? (Foto Hafiz Sohaimi/bh) ?? Husniah (tengah) ketika menjuarai acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, tahun lalu.
(Foto Hafiz Sohaimi/bh) Husniah (tengah) ketika menjuarai acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia