Berita Harian

Selangor, Singapura turun barisan terbaik

Peminat bola disajikan aksi menarik

- Oleh Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Saingan Piala Sultan Selangor 2019 yang menyaksika­n dua musuh tradisi, Selangor dan Singapura berentap pasti menjanjika­n aksi menarik dan epik apabila kedua-dua pasukan akan menampilka­n barisan terbaik masing-masing.

Pengerusi Piala Sultan Selangor 2019, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, pihaknya yakin peminat yang menyaksika­n perlawanan di Stadium Shah Alam, 24 Ogos ini pasti terhibur dengan aksi menarik dan berkualiti yang diperagaka­n kedua-dua pasukan.

“Saya difahamkan Pilihan Selangor kali ini berteraska­n kepada pasukan Liga Super Selangor dengan nama besar yang beraksi termasuk Amri Yahyah dan Mohd Faiz Nasir.

“Bagaimanap­un, jurulatih (B Sathianath­an) akan memanggil beberapa pemain PKNS FC untuk memantapka­n lagi pasukan.

“Begitu juga dengan Pilihan Singapura yang menggabung­kan beberapa pemain kelab Singapura sekali gus saya yakin pertembung­an ini pasti menyajikan aksi menarik dan mendebarka­n seperti edisi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjung­i Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid di Balai Berita semalam. Hadir sama Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Ampang Jaya, Datuk Abdul Hamid Hussein.

BH adalah media rasmi Piala Sultan Selangor.

Selain pertembung­an Pilihan Selangor dan Singapura, Piala Sultan Selangor juga menjadi platform terbaik buat peminat mengimbau nostalgia apabila turut membabitka­n pertarunga­n antara Veteran Selangor menentang Veteran Singapura.

Antara pemain yang akan memperkuat­kan Veteran Selangor adalah legenda Soh Chin Aun, Khalid Ali, Azlisham Ibrahim dan Asmawi Bakiri.

Menurut Abd Karim, sambutan peminat untuk edisi ke-18 kali ini dilihat agak memberangs­angkan selepas 40,000 tiket terjual setakat ini.

Katanya, pihaknya juga mengalu-alukan orang ramai untuk membanjiri Stadium Shah Alam kali ini dengan hadiah cabutan bertuah berupa kereta Honda City dan motosikal Harley Davidson menanti pemenang.

Sejak dianjurkan pada 2001, Pilihan Selangor menjuarai Piala Sultan Selangor sebanyak lapan kali dengan Pilihan Singapura menghimpun tujuh trofi kemenangan.

Pada edisi tahun lalu, Selangor menyapu bersih semua kategori yang dipertandi­ngkan iaitu Piala Sultan Selangor, Piala Veteran dan Piala Cabaran Sekolah Singapura-selangor Bawah 16 Tahun.

 ?? (Foto Rosdan Wahid/bh) ?? Khaidir menerima tiket perlawanan daripada Abd Karim (tiga dari kanan) sambil diperhatik­an Ahmad Zaini (kiri), Abdul Hamid (dua kanan), AJK Piala Sultan selangor, James Lee dan Pegawai Media, Necia Abdullah (kanan) di Balai Berita NSTP, Bangsar.
(Foto Rosdan Wahid/bh) Khaidir menerima tiket perlawanan daripada Abd Karim (tiga dari kanan) sambil diperhatik­an Ahmad Zaini (kiri), Abdul Hamid (dua kanan), AJK Piala Sultan selangor, James Lee dan Pegawai Media, Necia Abdullah (kanan) di Balai Berita NSTP, Bangsar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia