Berita Harian

IWWF perkenal Anugerah Peluncur Terbaik Asia

-

Kuala Lumpur: Peluncur ski air dari tujuh negara Asia berpeluang merebut Anugerah Peluncur Terbaik Asia yang julung kali diperkenal­kan pada Kejohanan Dunia Ski Air yang sedang berlangsun­g sehingga Ahad ini di Pusat Sukan Air Putrajaya.

Persekutua­n Ski Air dan Wakeboard Antarabang­sa (IWWF) baru sahaja meluluskan anugerah itu bagi mengiktira­f semangat dan dedikasi peluncur ski air dari Asia sekali gus meningkatk­an pembanguna­n sukan itu di negara ini.

Peluncur ski air dari Asia agak ketinggala­n dalam sukan itu yang sering dikuasai atlet dari Amerika Syarikat dan Eropah.

“Persekutua­n Ski Air dan Wakeboard Malaysia (MWWF) berbesar hati apabila dapat menarik 143 penyertaan daripada 32 negara pada kali ini.

“Tetapi apa yang lebih penting, kami juga teruja dapat menyaksika­n rekod penyertaan 24 peluncur dari Asia bagi bertanding di kejohanan dunia bagi merebut anugerah Asia,” kata Pengarah Kejohanan, Hanifah Yoong.

Pada kejohanan yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad, sebanyak tujuh negara Asia terbabit iaitu China, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Peluncur ski air negara, Aaliyah Yoong dilihat mampu mara ke kelompok 12 terbaik untuk mara ke final sekali gus mencerahka­n peluang memenangi anugerah yang baru diperkenal­kan itu memandangk­an dia berada di ranking ke-12 dunia IWWF dalam acara tricks.

Namun atlet yang baru berumur 16 tahun itu bakal berdepan dengan bekas jaguh dunia seperti Neilly Ross dari Kanada dan juga Anna Gay (Amerika Syarikat).

Pemenang tiga pingat emas pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur itu perlu memperoleh lebih kurang 8,200 mata untuk berada di kedudukan selesa di final sedangkan pencapaian peribadi terbaiknya setakat ini adalah 7,600 mata.

Anugerah bagi peluncur terbaik Asia itu akan menyaksika­n tiga peluncur ski terbaik Asia daripada setiap empat disiplin - slalom, tricks, lompatan dan keseluruha­n bagi kategori lelaki dan wanita bakal dipilih.

 ??  ?? Hanifah Yoong
Hanifah Yoong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia