Berita Harian

Aaliyah gagal pamer aksi terbaik

-

Sukar kerana angin agak kuat dan saya perlu melakukan perubahan.

Putrajaya: Atlet luncur air negara gagal menyerlah pada hari pembukaan Kejuaraan Luncur Air Dunia IWWF di sini, semalam.

Aaliyah Yoong sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga daripada empat peluncur dalam kategori Jump selepas mencatat 37.2 meter (m) di Kompleks Sukan Air Putrajaya.

Juara remaja jump dunia, Sade Ferguson dari Australia mengunggul­i kategori itu dengan 46.5m manakala Stanislava Prosvetova (Ukraine) kedua, 42.1m.

Dua belas finalis teratas dalam setiap kategori hanya akan diumumkan selepas selesai siri kelayakan minggu ini.

Begitupun, ramalan untuk Aaliyah ke pusingan seterusnya tampak sukar dalam kategori jump.

Kesemua pusingan final dijadual berlangsun­g pada Sabtu dan Ahad ini.

Aaliyah, 16, mengakui melakukan permulaan perlahan dalam acara berkenaan namun berpuashat­i dengan prestasiny­a.

“Sukar kerana angin agak kuat dan saya perlu melakukan perubahan,” kata Aaliyah.

“Keputusan saya hampir dengan catatan terbaik saya iaitu 38.9m. Secara keseluruha­n, saya fikir aksi saya OK, saya berpuashat­i dengan prestasi ini.

“Adik saya juga tidak meraih keputusan yang baik tetapi mereka masih kanak-kanak dan ini adalah kali pertama beraksi di kejuaraan dunia, mereka mungkin tertekan.

“Saya mempunyai sehari rehat esok dan akan bersaing dalam peringkat kelayakan slalom pada Khamis.”

Adik Aaliyah, Adam dan Aiden juga menyertai kejohanan ini.

Adam, yang berusia 11 tahun dan peluncur termuda dalam skuad Malaysia, mencatat 3,320 mata manakala Aiden, 13, menghimpun 2,840 mata dalam pusingan kelayakan tricks lelaki.

Mereka menamatkan pusingan dengan masing-masing berada di tempat ke-12 dan 14 selepas siri tiga dan empat.

Peruvian Rafael De Osma mengunggul­i disiplin berkenaan dengan 6,950 mata manakala Luca Spinelli (Itali) kedua, 6,140 mata.

Aaliyah Yoong, Atlet luncur air

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia