Shahril serik kutip bola dalam gawang sendiri

Berita Harian - - Sukan -

Melaka: Selepas enam kali mengutip bola dalam gawang sendiri dalam dua perlawanan, penjaga gol PDRM, Shahril Sa‘ari bertekad enggan melakukan ‘kerja’ itu lagi ketika menentang Selangor pada aksi Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Menurut kapten PDRM itu, dia berharap mampu mempertaha­nkan gawangnya daripada dirobek penyerang Selangor pada aksi itu biarpun mengakui penggempur lawan antara yang terbaik dalam saingan Kumpulan D itu.

“Cukuplah enam gol yang saya sudah lepas dalam dua perlawanan, tiga menentang Melaka United dan 3 lagi ketika bertemu FELDA United.

“Saya harap tidak lagi mengutip bola dalam gawang sendiri ketika menentang Selangor nanti. Saya janji akan beri yang terbaik bagi memastikan gawang pasukan tak dibolosi,” kata bekas pemain T-team, Terengganu, Sabah, Sarawak, PKNS FC dan Perlis itu.

Dia juga mengakui kemenangan 4-3 ke atas FELDA United, minggu lalu selepas beraksi dengan 10 pemain, selain ketinggala­n 1-3 buat suatu ketika, menjadi tonik berharga pasukannya ketika bertandang ke Shah Alam.

“Jika kami mampu peroleh keputusan positif, saya percaya peluang pasukan untuk mara ke suku akhir cerah,” katanya yang berharap perancanga­n jurulatih, E Elavarasan mampu memerangka­p anak buah B Sathianath­an.

Nasrullah Haniff Johan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.