Berita Harian

Aidil beri ‘kad kuning’ kepada Rodriguez, Bauman

Penyerang Kedah dituntut jaringkan gol

- Oleh Izzali Ismail bhsukan@bh.com.my

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menuntut Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman kembali menunjukka­n bisa masingmasi­ng apabila turun menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Kekalahan mengejut 0-2 Kedah kepada Terengganu FC (TFC), minggu lalu jelas memaksa skuad Helang Merah memberi fokus menajamkan jentera serangan dan pada masa sama mengukuhka­n benteng pertahanan.

“Saya sudah beri amaran kepada Rodriguez dan Bauman selepas kami tewas kepada TFC supaya lebih fokus dan memperting­katkan aspek ketajaman serangan bagi memburu tiga mata berdepan PKNS.

“Kekalahan kepada Terengganu FC minggu lalu benar-benar meninggalk­an kesan kepada pasukan dan penyokong. Jadi, saya mahu pemain bangkit di Shah Alam bagi menebus kekalahan itu sekali gus membawa pulang tiga mata,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Aidil boleh menarik nafas lega kerana pemain pertahanan Renan Alves boleh beraksi menentang PKNS FC meskipun ada ura-ura mengatakan dia tidak dapat diturunkan akibat penggantun­gan kad kuning.

“Ya, Alves boleh beraksi untuk perlawanan ini kerana dia baru dua kali menerima kad kuning. Jadi, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi pengesahan dia boleh diturunkan.

“Namun, kita juga terpaksa berdepan kesukaran apabila Azmeer Yusoff masih belum pulih daripada cedera kaki,” katanya.

Dalam dua aksi Kumpulan A setakat ini, Kedah memungut 3 mata hasil menewaskan Negeri Sembilan 3-1 tetapi tewas 0-2 kepada TFC di laman sendiri.

Saya sudah beri amaran kepada Rodriguez dan Bauman selepas kami tewas kepada TFC supaya lebih fokus dan memperting­katkan aspek ketajaman serangan bagi memburu tiga mata berdepan PKNS.

Aidil Sharin Sahak, Ketua jurulatih Kedah

 ??  ?? Jonatan Bauman
Jonatan Bauman
 ??  ?? Fernando Rodriguez
Fernando Rodriguez

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia