Teong Kim Pengarah Teknikal Akademi JDT?

Berita Harian - - Sukan -

Kuala Lumpur: Adakah lawatan Lim Teong Kim ke Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta‘zim (JDT) di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru kelmarin mempunyai misi serampang dua mata?

Itulah persoalan yang timbul apatah lagi lawatan mengejut yang dilakukan Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu ketika kontraknya bakal berakhir pada 31 Oktober ini dan tidak akan disambung.

Lebih menarik, bekas jurulatih Akademi Bayern Munich selama 12 tahun itu turut memuji kemudahan di akademi berkenaan dan mengesyork­an pemain yang berhajat untuk bergelar pemain profesiona­l agar menyertai JDT.

Justeru, timbul persoalan adakah Akademi JDT menjadi destinasi terbaru Teong Kim selepas ini?

Biarpun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pengurusan JDT untuk mengambil Teong Kim, namun penyokong setia Harimau Selatan dalam komen di Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers meminta pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambiln­ya.

Apatah lagi, jawatan Pengarah Teknikal Akademi JDT juga masih kosong dan kehadiran Teong Kim dilihat sebagai pelengkap.

Terdahulu, kemampuan Teong Kim yang sudah enam tahun mengendali­kan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) dipersoalk­an.

Peter De Roo

Lim Teong Kim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.