Berita Harian

Luqman janji sumbat gol lagi

Sedia julang skuad negara selepas benam Australia

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bawah 18 tahun negara (B18), Luqman Hakim Shamsudin menegaskan perjuangan­nya bersama pasukan belum selesai sekali pun berjaya membenam Australia 3-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Thanh Long, semalam.

“Pertama sekali saya bersyukur kerana berjaya menjaringk­an gol buat pasukan. Mungkin ini rezeki saya jaringkan gol ketika menentang Australia.

“Ia memang kemenangan bermakna apatah lagi lawan pasukan pilihan dan beberapa pemain mereka beraksi dalam Liga Australia.

“Namun, kami tidak boleh terlalu gembira kerana masih ada lagi perlawanan menentang Thailand. Jadi, kami perlu menang dengan jaringan besar dan saya akan cuba sumbat gol lagi dalam misi kami pertahanka­n kejuaraan,” kata Luqman ketika dihubungi semalam.

Kemenangan ke atas Australia itu mencerahka­n peluang skuad Brad Maloney layak ke separuh akhir apabila mendahului carta kumpulan dengan berkongsi sembilan mata dengan lawan itu tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Tuan rumah Vietnam juga akan mengutip sembilan mata sekiranya menewaskan Thailand malam tadi sekali gus menjadikan pertembung­an tiga penjuru untuk merebut dua slot ke separuh akhir akan ditentukan pada aksi terakhir esok dan perbezaan gol akan menjadi penentu.

Skuad negara akan melengkapk­an aksi kumpulan dengan menentang Thailand, manakala Vietnam membuat perhitunga­n dengan Kemboja sementara Australia menentang Singapura.

Terdahulu, Luqman membuktika­n mengapa dia dianggap sebagai permata negara apabila meledak dua gol pada minit ke17 dan 39 dalam perlawanan itu.

Sekalipun bertubuh kecil, kedua-dua gol yang dihasilkan­nya jelas menunjukka­n betapa pemain kelahiran Kelantan itu memiliki kemahiran hebat untuk melepasi kekangan pertahanan Australia yang lebih besar daripadany­a.

Satu lagi gol negara disumbat Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-27.

Saya boleh katakan setakat ini semuanya positif dan kita harap dia akan terus bersama kita.

 ?? (Foto AFF) ?? Luqman meraikan gol pertamanya ketika menentang Australia semalam.
(Foto AFF) Luqman meraikan gol pertamanya ketika menentang Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia