Berita Harian

FAM yakin terus ‘ikat’ De Roo

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) optimis Pengarah Teknikalny­a, Peter De Roo tidak akan ‚angkat kaki‘, sebaliknya menyambung khidmatnya selepas kontraknya tamat, hujung bulan depan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya mendengar desas-desus bekas Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlan­gan Persekutua­n Bolasepak Australia (FFA) itu mendapat beberapa tawaran lain.

“De Roo baru saja pulang dari Thailand dan kita akan adakan pertemuan dalam tempoh terdekat untuk mendapatka­n kata sepakat membabitka­n termaterma tertentu.

“Selepas pertemuan itu baru kita boleh lihat sejauh mana hasilnya, sama ada dia bersetuju untuk menyambung kontrak atau tidak,” kata Stuart ketika dihubungi semalam.

De Roo, 49, yang juga bekas pemain kelab Belanda, BV Veendam and SC Cambuur mula dilantik selaku Pengarah Teknikal FAM pada 2017.

Bagaimanap­un, ada uraura mengatakan De Roo tidak mahu menyambung kontraknya selepas mendapat beberapa tawaran lain.

Apapun, pasti FAM tidak mahu kehilangan De Roo ketika dia antara watak utama kepada pengenalan projek DNA bola sepak Malaysia.

“Saya boleh katakan setakat ini semuanya positif dan kita harap dia akan terus bersama kita,” kata Stuart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia