Berita Harian

Bas ekspres terbabas, tujuh cedera

-

Tawau: Tujuh penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Batu 15 Jalan Apas, dekat sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, bas ekspres yang membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Terminal Bas Bersepadu di Sri Indah di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitka­n sebuah kenderaan jenis bas ekspres milik syarikat Optis Jaya dipercayai terbabas di bahu jalan.

“Seramai tujuh mangsa termasuk tiga lelaki yang mengalami cedera ringan dikejarkan ke hospital menggunaka­n ambulans, manakala penumpang lain keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia