Berita Harian

KPLB sedia salur dana jika temui sumber air

Masalah dihadapi penduduk pada musim kemarau memaksa bekalan air di hantar ke kampung

- Oleh Norasikin Daineh norasikin_daineh@ns

Kota Belud: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah sedia menyalurka­n peruntukan jika Jabatan Mineral dan Geosains mendapati wujud sumber air bawah tanah di Kampung Song-song, Usukan.

Masalah air dihadapi penduduk terutama pada musim kemarau memaksa bekalan air dihantar ke kampung itu.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata peruntukan itu bagi membiayai telaga tiub untuk manfaat penduduk kampung.

“Kalau ada air bawah tanah, KPLB Sabah akan menyediaka­n peruntukan untuk membiayai pembinaan telaga tiub,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Aidiladha di Kampung Sejahtera Song-song di sini, kelmarin.

Mengulas program itu, Ewon berkata tahun ini KPLB Sabah menggunaka­n pendekatan baharu iaitu meraikan sambutan keagamaan dan kebudayaan bersama penduduk di perkampung­an Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Kampung Sejahtera di seluruh Sabah.

Ewon berkata, pendekatan yang diperkenal­kan itu adalah satu program komuniti yang bertujuan melihat prestasi kemajuan serta mendengar aspirasi penduduk di MESEJ dan Kampung Sejahtera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu berkata, sehingga kini, KPLB Sabah mempunyai 53 perkampung­an MESEJ dan 55 Kampung Sejahtera di seluruh Sabah.

Sempena sambutan Aidiladha, KPLB Sabah melalui Kelab Rekreasi kementeria­n itu menyumbang­kan dua ekor lembu melalui Pejabat Daerah Kota Belud untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan penduduk di kampung berkenaan.

Kalau ada air bawah tanah, KPLB Sabah akan menyediaka­n peruntukan untuk membiayai pembinaan telaga tiub. Ewon Benedick, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

 ??  ?? Ewon pada majlis pemimpin Bersama Rakyat sempena Hari Raya Aidil Adha di Kampung Sejahtera Song-song di Kota Belud.
Ewon pada majlis pemimpin Bersama Rakyat sempena Hari Raya Aidil Adha di Kampung Sejahtera Song-song di Kota Belud.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia