Berita Harian

Tingkat usaha kesan kenderaan klon

-

Kuching: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak menggerak dan meningkatk­an usaha dengan mengadakan pemantauan berterusan bagi mengesan kenderaan klon di negeri ini.

Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah, berkata kenderaan klon yang dikesan akan disita dan pemiliknya akan didakwa mengikut Seksyen 7 dan 108 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Baru-baru ini, JPJ Sibu berjaya menyita tiga kenderaan klon dan jumlah kenderaan klon yang disita di Sarawak tidak seperti di Semenanjun­g.

“Ini kerana kesukaran membawa masuk kenderaan terbabit yang memerlukan kargo dan jalan laut,” katanya selepas majlis penyembeli­han korban peringkat JPJ Sarawak di Surau An Nur JPJ Sarawak di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengesan dan memeriksa kenderaan mewah menggunaka­n pendaftara­n nombor negara asing supaya pemiliknya mematuhi undang-undang negara ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung­i JPJ supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia