Berita Harian

43 peratus penduduk Sarawak golongan belia

Kuching catat jumlah terbanyak 343,500 orang

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Kuching: Sebanyak 43 peratus daripada 2.8 juta populasi penduduk Sarawak ketika ini adalah golongan belia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Roslawati Yahya, berkata golongan itu membentuk hampir separuh jumlah penduduk negeri ini dengan Kuching mencatat jumlah belia paling ramai iaitu 343,500 orang.

Beliau berkata, Miri pula mempunyai seramai 188,600 belia, Sibu seramai 147,300 orang, manakala Limbang mencatat jumlah paling kecil iaitu 43,400 orang

“Majoriti belia Sarawak adalah terdiri dari kumpulan etnik Iban iaitu seramai 332,500 orang, diikuti Melayu seramai 285,300 orang, manakala Cina seramai 257,900 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an taklimat pada Mesyuarat Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia Sarawak 2019, di sini, baru-baru ini.

Roslawati berkata, pecahan bangsa berdasarka­n bahagian pentadbira­n pula, belia Melayu paling ramai berada di Kuching iaitu seramai 120,500 orang, belia Iban paling ramai di Sibu iaitu 53,500 orang, belia Bidayuh di Kuching seramai 58,000 orang dan belia Melanau di Mukah seramai 31,600 orang.

Belia Cina di Kuching pula seramai 108,400 orang dan di Sibu seramai 52,700 orang.

“Miri pula mencatatka­n belia kalangan Bumiputera lain paling ramai iaitu 30,600 orang,” katanya.

Perangkaan mengikut jantina pula, belia lelaki paling ramai berada di Kuching iaitu seramai 174,000 orang, diikuti Miri seramai 103,200 orang manakala Sibu seramai 76,300 orang.

Kuching turut mencatat jumlah belia perempuan paling ramai iaitu 169,3000 orang, Miri seramai 85,400 orang, manakala Sibu seramai 71,000 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia