Berita Harian

Budak ditemui selepas 48 jam hilang

-

Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), selewat-lewatnya tahun depan.

“Sebagai permulaan kita akan simpan di perpustaka­an negeri yang akan dibuka di PPNS selepas kerajaan negeri memberi satu ruang untuk dijadikan perpustaka­an, yang kini dalam proses ubah suai.

“Kita mendapati PPNS adalah tempat yang strategik kerana berhampira­n dengan beberapa institusi pengajian tinggi. Selepas itu, kemungkina­n tesis akan disimpan juga di beberapa perpustaka­an lain di negeri ini,” katanya. Kuching: Selepas hampir 48 jam disedari hilang, seorang kanak-kanak lelaki ditemui selamat di sebuah kedai makan di Batu 3, Jalan Sungai Maong di sini, malam kelmarin.

Abdul Azim Ahmad Dzulkarnai­n, 11, ditemui pengawal keselamata­n pada jam 11.30 malam yang berjaya mengecamny­a selepas terbaca hebahan Nur Alert berhubung kehilangan mangsa.

Ibu Azim, Siti Nur Khadijah Abdullah, 35, berkata dia bersyukur selepas dihubungi polis berhubung penemuan anaknya itu.

“Hati ibu mana yang tidak sedih kalau anak kita tiba-tiba hilang dari pandangan. Pada malam kejadian, saya terdetik memeriksa bilik tidurnya sebelum mendapati dia hilang,” katanya yang menyedari kehilangan Azim kira-kira jam 12.15 tengah malam, Sabtu lalu.

Siti Nur Khadijah berkata, Azim dilihat rakannya keluar dari rumah pengawal kediaman mereka di perumahan awam Batu 6 dengan menggalas beg.

“Kami terus menggerakk­an usaha mencari Azim di kawasan sekitar termasuk di hutan berhampira­n. Namun, usaha kami gagal dan terus membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu kira-kira jam 3 pagi Sabtu lalu sebelum mendapat maklumat daripada seorang lelaki mengatakan kanak-kanak itu berada di sebuah kedai makan pada jam 11.45 malam kelmarin.

 ?? (Foto Khairull Azry Bidin/bh) ?? Moira (dua dari kanan) menyaksika­n simbolik penyerahan tesis pelajar UA tajaan biasiswa kerajaan negeri Sabah daripada Ajijah (kanan) kepada Maria (kiri) di Ibu Pejabat Perpustaka­an Negeri Sabah.
(Foto Khairull Azry Bidin/bh) Moira (dua dari kanan) menyaksika­n simbolik penyerahan tesis pelajar UA tajaan biasiswa kerajaan negeri Sabah daripada Ajijah (kanan) kepada Maria (kiri) di Ibu Pejabat Perpustaka­an Negeri Sabah.
 ??  ?? Abdul Azim Ahmad Dzulkarnai­n
Abdul Azim Ahmad Dzulkarnai­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia