Berita Harian : 2019-08-14

Sabah & Sarawak : 82 : 2

Sabah & Sarawak

2 RABU, 14 OGOS 2019 Sabah&sarawak Tesis pelajar tajaan Sabah disimpan di Perpustaka­an Negeri Kota Kinabalu: Buat julung kalinya, sebanyak 4,666 tesis pelajar universiti awam (UA) tajaan kerajaan negeri diserah dan disimpan di Perpustaka­an Negeri Sabah. Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah, Moira David menyerahka­n tesis itu kepada Timbalan Pengarah Kanan Perpustaka­an Negeri Sabah, Maria Sinti, di Ibu Pejabat Perpustaka­an Negeri, di sini, semalam. Tesis daripada pelbagai UA yang dimuatkan dalam 45 kotak itu dihasilkan sejak 2015 hingga tahun lalu. Moira berkata, sebelum ini, tesis pelajar tajaan kerajaan negeri disimpan di Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri (JPAN). “Bagaimanap­un, selepas bahagian biasiswa kerajaan negeri diletakkan di bawah Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah sejak Januari lalu, tesis ini tidak lagi disimpan di bawah JPAN. “Oleh kerana tesis ini hanya ada salinan di JPAN dan pemiliknya, maka kita terfikir satu inovasi baharu iaitu untuk menyimpan hasil tesis ini di perpustaka­an di negeri ini. “Apa salahnya kita kongsi semua bahan yang dihasilkan penerima biasiswa kerajaan negeri ini kepada orang ramai termasuk pelajar sekolah dan universiti, kakitangan kerajaan serta swasta dan juga penyelidik, untuk dijadikan panduan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan tesis pelajar UA tajaan kerajaan negeri kepada Perpustaka­an Negeri Sabah, di sini. Yang turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi negeri, Ajijah Talip. Tesis itu membabitka­n pelbagai isu termasuk berkaitan sains, sosio-ekonomi, sastera dan pendidikan. Sementara itu Maria berkata hasil tesis itu akan disimpan di perpustaka­an negeri di Pejabat

© PressReader. All rights reserved.