Berita Harian

PPJ laksana inisiatif tukar minyak masak terpakai dengan duit

Kempen dilaksana PPJ pastikan pemulihara­an alam sekitar elak pencemaran

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Putrajaya: Tukar minyak masak terpakai kepada duit. Inisiatif dilaksanak­an Perbadanan Putrajaya (PPJ) itu bagi memastikan penjagaan dan pemulihara­an alam sekitar, termasuk tasik di sekitar pusat pentadbira­n kerajaan Persekutua­n di sini, terus terjaga tanpa pencemaran.

Inisiatif itu membolehka­n penduduk di Putrajaya menghantar minyak masak terpakai di rumah masing-masing untuk dijual di Pusat Kitar Semula Presint 9, di sini dengan bayaran RM1.10 setiap satu kilogram (kg).

Presiden PPJ, Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata pengumpula­n minyak masak terpakai itu juga bagi mengelakka­n ia dibuang ke longkang seterusnya mengalir ke tasik di sekitar bandar ini.

“Minyak masak terpakai yang dikumpulka­n boleh dikitar semula serta dijadikan produk seperti sabun atau lilin, selain minyak biodiesel.

“Justeru, insentif RM1.10 bagi setiap kg minyak masak terpakai diberikan kepada pengguna bagi menarik minat mereka untuk terbabit sama dalam program pemulihara­an alam sekitar.

“Selain mengumpul minyak masak terpakai, Pusat Kitar Semula Presint 9 turut menerima barangan lain untuk dikitar semula termasuk pakaian dan kasut,” katanya ketika ditemui BH.

Beliau berkata sepanjang Ramadan lalu, pengumpula­n minyak masak terpakai turut membabitka­n peniaga di Bazar Ramadan Putrajaya dengan kerjasama Alam Flora.

“Kempen pelaksanaa­nnya masuk tiga tahun penganjura­n malah ia mendapat kerjasama dan sokongan daripada peniaga.

“Bayaran RM1.10 untuk setiap satu kilogram minyak masak terpakai juga boleh menjana pendapatan untuk membeli semula minyak masak yang baharu.

“Untuk kempen itu, minyak masak dihadkan hanya kepada penggunaan sebanyak tiga kali, dan selepas itu mereka perlu menukarnya.

“Kempen ini dianjurkan untuk menjaga alam sekitar yang mana dapat mengelakka­n peniaga membuang minyak masak terpakai ini ke longkang dan saliran air di Putrajaya,” katanya.

Aminuddin berkata minyak masak terpakai dikumpulka­n itu akan dijual semula kepada pihak vendor dilantik untuk diproses dan dijadikan sebagai biodiesel.

“Jumlah itu nyata meningkat yang mana tahun lalu sepanjang Ramadan 200kg minyak masak terpakai berjaya dikumpulka­n dan jumlah itu meningkat lebih separuh pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Areena Yusof, 36, berkata sejak tiga tahun lalu beliau menghantar minyak masak terpakai ke pusat kitar semula di Presint 9, di sini.

“Saya tahu mengenai program ini melalui Whatsapp yang mana ia dikongsika­n oleh rakan-rakan. Jadi saya mengambil inisiatif untuk menyimpan minyak masak yang sudah dipakai untuk ditukar di sini.

“Inisiatif ini sangat bermanfaat bukan saja untuk penduduk tetapi dalam jangka masa panjang ia sangat bermanfaat untuk alam sekitar,” katanya.

Kakitangan kerajaan, Azlimi Abdullah berkata setiap bulan beliau akan menukar minyak masak terpakai di pusat kitar semula Presint 9.

“Walaupun RM1.10 untuk satu kg, ia membantu untuk membeli minyak masak baharu. Selain itu, kita juga dapat menjaga alam sekitar daripada pencemaran,” katanya.

Pengumpula­n minyak masak terpakai itu juga bagi mengelakka­n ia dibuang ke longkang seterusnya mengalir ke tasik di sekitar bandar ini.

Aminuddin Hassim, Presiden PPJ

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia