Berita Harian

Membina Integriti Mahasiswa

Majoriti terbabit rasuah adalah golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Kuala Lumpur: Lebih separuh daripada individu yang ditangkap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak lebih lima tahun lalu adalah terdiri daripada daripada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah.

Hasil tinjauan Institut Integriti Malaysia (IIM) mengenai persepsi pelajar terhadap rasuah mendedahka­n satu daripada tiga pelajar universiti tempatan berpendapa­t menerima habuan sebagai balasan untuk perkhidmat­an yang diberikan bukan dianggap sebagai rasuah.

Selain itu, kaji selidik itu turut menunjukka­n 28.1 peratus responden turut berpendapa­t tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk mengambil harta atau barangan milik syarikat, termasuk pemacu pena, dakwat mesin pencetak atau kertas untuk kegunaan peribadi.

Malah, 37.3 peratus daripada responden menganggap perlakuan mengemukak­an tuntutan untuk tugas luar walaupun ada tajaan penuh bukan satu kesalahan moral.

Lebih membimbang­kan, berdasarka­n kajian yang dijalankan oleh SPRM terhadap 1,000 pelajar universiti mendapati 16 peratus daripada mereka sanggup menerima rasuah manakala 18.5 peratus pula akan menerima rasuah jika tiada apa-apa tindakan diambil?

Berdasarka­n kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, statistik dari tahun 2014 sehingga Jun 2019, menunjukka­n seramai 4,860 individu ditangkap kerana rasuah dan 2,594 atau 53.4 peratus daripada jumlah itu adalah golongan muda.

Beliau berkata, jumlah itu agak membimbang­kan apabila 50 peratus yang terbabit adalah golongan muda dan jika diikut pada satu hasil kajian pada tahun 2002, sejumlah 30.5 peratus daripada pelajar yang menjadi responden menyatakan kesanggupa­n mereka menerima rasuah.

“Isu ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak dan ditangani pada peringkat awal lagi,” katanya pada majlis penutup Persidanga­n Antarabang­sa Pembanguna­n Pengurusan Islam (IDMAC) 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya (SPRM) bersedia untuk bekerjasam­a dengan mana-mana pihak termasuk universiti awam (UA) bagi mengadakan pelbagai langkah pencegah daripada aktiviti tidak bermoral.

“Kita bersedia menjalinka­n kerjasama bersama-sama pihak UA dalam usaha meningkatk­an integriti serta menerapkan elemen anti-rasuah dalam kalangan pelajar dan juga kakitangan UA,” katanya.

Sementara itu, inisiatif Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan kursus kredit berkaitan integriti dan rasuah kepada pelajar ijazah pertama harus dipuji dan tepat pada masanya demi untuk membantera­s gejala rasuah yang semakin parah.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata usaha UKM dalam memerangi rasuah itu perlu dicontohi institusi pendidikan yang lain dengan memperkena­lkan kursus sedemikian.

“Semua pihak perlu menyokong usaha UKM kerana perjuangan memerangi rasuah ini harus bermula pada peringkat akar umbi yang masih kurang kesedaran berkaitan integriti dan rasuah.

“Berdasarka­n kenyataan Naib Canselor UKM, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, UKM ialah universiti pertama dalam negara yang menawarkan kursus sedemikian di bawah penyelaras­an Pusat Citra Universiti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil
Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil
 ??  ?? Tan Sri Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia