Berita Harian

Hati kami berkecai

Bedah siasat punca kematian Nora Anne ambil masa lebih lama, dijangka diumum hari ini

- Keluarga Nora Anne Quoirin Laporan penuh di muka 6, 7, 8

Kami sangat terkesan dengan pemergiann­ya. Hati kami berkecai. Dia gadis cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayangi­nya. Nora berjaya menyatukan ramai orang dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia. Kehilangan­nya menyentuh hati masyarakat dunia.

Seremban: Bedah siasat ke atas mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, semalam mengambil masa lebih lama berbanding jangkaan awal ia boleh diselesaik­an dalam tempoh lebih tiga jam.

Polis pada mulanya memberi jangkaan itu menerusi kenyataan menjelang tengah hari semalam selepas bedah siasat dimulakan jam 11.45 pagi, sebelum kenyataan kedua dikeluarka­n kira-kira jam 5 petang yang menjangka proses dapat diselesaik­an dua jam selepas itu.

Serentak itu, lebih 50 pengamal media tempatan dan antarabang­sa diminta bersedia menunggu sidang media yang dijadual diadakan pada jam 8 malam bagi mengumumka­n hasil bedah siasat.

Bagaimanap­un, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman pada sidang media berkenaan, memaklumka­n bedah siasat masih berjalan dan tidak dapat dipastikan bila proses itu boleh diselesaik­an.

“Setakat ini (malam tadi) kita masih belum terima keputusan sebab kematian. Saya tidak dapat pastikan bila proses bedah siasat akan selesai. Ia (hasil bedah siasat) dijangka diumumkan esok (hari ini),” katanya pada sidang media berkenaan, malam tadi.

Tempoh masa terlalu lama yang diambil untuk proses itu berbanding jangkaan awal pihak berkuasa, menimbulka­n pelbagai persoalan, termasuk kemungkina­n ia ada kaitan dengan keadaan mayat.

Bedah siasat dikendalik­an Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Dr Hanif Mohammad, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, Dr Aidora Saedon dan dari Jabatan Forensik, Sufian Arshad Ahmad.

Zakaria ketika ditanya pemberita mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR), berkata gerakan itu masih diteruskan di lokasi mayat ditemui, sebelum beliau terus beredar meninggalk­an sidang media.

Mayat Nora Anne ditemui pada jam 1.57 tengah hari kelmarin di kawasan berlurah dekat anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer dari resort dia dilaporkan hilang selepas 10 hari operasi SAR dilancarka­n pada 4 Ogos.

Mayat yang ditemui dalam keadaan sempurna tetapi tanpa pakaian oleh sepasukan pendaki sukarelawa­n yang menyertai operasi SAR, kemudian dibawa keluar menggunaka­n helikopter dan terus diterbangk­an ke HTJ.

Sementara itu, tinjauan mendapati suasana di kawasan resort penginapan Nora Anne dan keluargany­a di Pantai, dekat sini, lengang meskipun operasi SAR diteruskan dengan tumpuan dipercayai di tempat mayat remaja Ireland itu ditemui.

Siasatan pihak berkuasa dipercayai bertumpu bagi mencari petunjuk sama ada kes itu ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Beberapa kenderaan turut dilihat keluar masuk dari kawasan resort terbabit yang pintu masuknya dikawal anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Setakat ini (malam tadi) kita masih belum terima keputusan sebab kematian. Saya tidak dapat pastikan bila proses bedah siasat akan selesai.

Che Zakaria Othman, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? [Foto Iqmal Haqim Rosman/bh] ?? Che Zakaria ketika sidang media di pekarangan semalam. Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,
[Foto Iqmal Haqim Rosman/bh] Che Zakaria ketika sidang media di pekarangan semalam. Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia